Home / Budaya / UUM mahu budaya keselamatan kerja diterap sejak di universiti

UUM mahu budaya keselamatan kerja diterap sejak di universiti

oleh Noor Zafiera Ahmad Idris

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) mahu aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) diterapkan kepada mahasiswa sejak di peringkat universiti sebagai persediaan sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata pendedahan awal itu penting bagi membantu graduan memahami serta menyesuaikan diri dengan budaya kerja yang mengutamakan aspek keselamatan apabila menyertai organisasi kelak.

“Jika kefahaman itu dapat diterapkan pada peringkat awal sewaktu mereka berada di universiti, maka lebih mudah untuk mereka apabila berada dalam organisasi kerana mereka telah mengetahui isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 yang dianjurkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia dengan kerjasama UUM di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, di sini.

Menurutnya, usaha memperkasakan kefahaman KKP dalam kalangan warga kampus turut dapat membentuk persediaan fizikal dan mental mahasiswa sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKKP, Ir. Ts. Hazlina Yon berkata keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

“Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sekadar tanggungjawab pihak tertentu, tetapi merupakan komitmen bersama yang perlu dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata usaha tersebut turut merangkumi aspek kesejahteraan holistik termasuk kesihatan fizikal, mental dan sosial serta pengurusan faktor psikososial bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan kondusif.

Katanya pendekatan berkenaan selari dengan aspirasi nasional menerusi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP2030).

Karnival yang dikelolakan menerusi Bahagian Pengurusan Risiko, Jabatan Canselori UUM itu turut melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak prasekolah, pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.

Penganjuran karnival berkenaan turut menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman menerusi pelbagai aktiviti interaktif bagi meningkatkan kefahaman pengunjung mengenai kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Photo credit: Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM