Home / Budaya / Kecemerlangan, integriti warga universiti satu bentuk patriotisme – Rektor UIAM

Kecemerlangan, integriti warga universiti satu bentuk patriotisme – Rektor UIAM

oleh Editorial KampusKini

GOMBAK – Kecemerlangan dan integriti setiap individu perlu dilihat sebagai satu bentuk patriotisme serta khidmat kepada negara, kata Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Sri Dr Osman Bakar.

Beliau berkata patriotisme tidak seharusnya hanya diterjemahkan melalui kibaran Jalur Gemilang, nyanyian lagu patriotik atau sambutan kemerdekaan, sebaliknya perlu dizahirkan menerusi sumbangan dan tanggungjawab setiap individu terhadap pembangunan negara.

“Dalam pengertian ini, kecemerlangan itu sendiri menjadi satu bentuk patriotisme dan integriti menjadi satu bentuk khidmat kepada negara,” katanya ketika berucap pada Himpunan 69 Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia 2026 di Kampus UIAM Gombak, di sini hari ini.

Osman berkata peranan universiti dalam pembinaan negara bukan semata-mata diukur berdasarkan jumlah program, persidangan atau pelan strategik yang dilaksanakan, tetapi melalui insan yang dilahirkan, khususnya graduan yang berpengetahuan, berdaya saing, amanah, penyayang dan bertanggungjawab.

Menurutnya, semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara perlu terus dipupuk dalam kalangan warga universiti bagi menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang lebih maju dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Sambutan anjuran Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UIAM itu turut menampilkan perarakan kontinjen Merdeka yang disertai warga universiti daripada pelbagai kulliyyah, pejabat dan organisasi berkaitan.

Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk Pertandingan Hiasan Jalur Gemilang, Pertandingan Video AI Merdeka serta pertandingan pakaian bertemakan Merdeka dan kontinjen perarakan terbaik.

Perpustakaan M. Kamal Hassan muncul juara Pertandingan Hiasan Jalur Gemilang, manakala Pengurusan Akademik dan Kemasukan (AMAD) memenangi Pertandingan Video AI Merdeka.

Kontinjen AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS IRKHS) pula dinobatkan sebagai Kontinjen Perarakan Terbaik.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM