Home / Budaya / DECFUNDAY 6.0 perkasa kemahiran pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak

DECFUNDAY 6.0 perkasa kemahiran pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak

oleh Editorial KampusKini

SETIU – Seramai 250 pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kolej Universiti Bestari menyertai program DECFUNDAY 6.0 yang dianjurkan sebagai platform memperkukuh kemahiran komunikasi, kepimpinan, kreativiti dan kerja berpasukan selaras dengan keperluan profesion berkenaan.

Program tahunan yang diadakan setiap September itu diketuai pelajar Semester 5 dan memberi peluang kepada peserta memperoleh pengalaman mengendalikan aktiviti yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Antara pengisian program ialah persembahan Puppet Show dan Fun Dance Fiesta, aktiviti team building serta pameran seperti pelan tadika 3D, busy book dan permainan dalam talian yang dirangka bagi menggalakkan kreativiti dan interaksi peserta.

Aktiviti berkumpulan seperti Genz Innovation Outfit, Pass the Balloon dan Rescue My Student pula memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerjasama serta penyelesaian masalah.

Program turut menampilkan Malam Kebudayaan yang mengetengahkan pelbagai persembahan tarian oleh pelajar Semester 3 dan 5, sekali gus memberi ruang kepada peserta mencungkil bakat dan menghargai kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Turut menyertai program ialah kanak-kanak dari Tadika Smart Wildan menerusi aktiviti Little EduExplorers seperti Bring the Ball with Spoon, Balancing Game dan Musical Statues.

Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti interaktif berkenaan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah mengendalikan kanak-kanak melalui pendekatan permainan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.

DECFUNDAY 6.0 bukan sahaja menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah, malah memberi pengalaman praktikal kepada bakal pendidik dalam merancang serta mengendalikan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM