Home / Mahasiswa / Lebih 100 alumni Assunta bertemu semula selepas 30 tahun

Lebih 100 alumni Assunta bertemu semula selepas 30 tahun

oleh Editorial KampusKini

PETALING JAYA– Lebih 100 alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta berhimpun semula selepas 30 tahun menerusi Assunta Class of 1996 – 30 Years Reunion di Hotel Sheraton, Petaling Jaya baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri alumni daripada pelbagai latar belakang itu turut menemukan 16 bekas guru mereka, sekali gus menghidupkan kembali kenangan zaman persekolahan yang dilalui tiga dekad lalu.

Salah seorang alumni, Hanifah Nazira Mohamed Hanafiah berkata majlis berkonsepkan hi-tea itu berlangsung dari 12.30 tengah hari hingga kira-kira 4 petang dan menjadi medan untuk alumni serta bekas guru beramah mesra dan mengimbau kembali kenangan lama.

“Persahabatan yang terjalin lebih 30 tahun masih kekal utuh. Assunta menjadi saksi lahirnya nilai kasih sayang, persahabatan, keharmonian, perjuangan dan perpaduan yang tidak pernah pudar ditelan usia,” katanya.

Beliau berkata kesemua 16 bekas guru yang hadir ditaja sepenuhnya, manakala sebahagian hasil kutipan majlis disalurkan kepada Tabung Kebajikan Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta.

Katanya, sambutan terhadap pertemuan itu amat menggalakkan walaupun sebahagian alumni berdepan kekangan masa, tugasan serta jarak, termasuk mereka yang kini menetap di luar negara.

“Biarpun terdapat kekangan dari segi masa, terikat tugasan, jarak malah ada di antaranya kini menetap di luar negara, mereka tetap sedaya upaya untuk menghadirkan diri ke majlis yang penuh makna ini selain memberi sokongan,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang majlis termasuk nyanyian lagu sekolah bertemakan To Truth Through Charity (Ad Veritatem Per Caritatem), jamuan, acara memotong kek dan sesi fotografi.

Jualan kemeja-T edisi khas turut diadakan sempena pertemuan berkenaan.

Pertemuan itu turut diserikan dengan ucapan penghargaan daripada bekas guru dan alumni, manakala rata-rata peserta melahirkan rasa syukur dan terharu kerana berpeluang bertemu semula, berkongsi kenangan serta bertukar pandangan selepas sekian lama.

Majlis berkenaan turut menjadi wadah mengeratkan kembali hubungan antara alumni dan guru serta mengekalkan ikatan persahabatan yang terbina sejak zaman persekolahan.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM