Home / Mahasiswa / Dua perusahaan pelajar UMK juara Jaguh Keusahawanan Nasional 2026

Dua perusahaan pelajar UMK juara Jaguh Keusahawanan Nasional 2026

oleh Editorial KampusKini

PETALING JAYA – Dua perusahaan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) muncul juara Program Jaguh Keusahawanan Nasional 2026 menerusi inovasi baja organik dan nano-biofertilizer dalam pertandingan yang berlangsung di Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia di sini, baru-baru ini.

Kejayaan itu diraih UMKLIZER Enterprise yang diketuai Nur Fatihah Izzati Azhar dan Leaf Eternal Trading pimpinan Muhammad Hang Sufi Md Hang Tuah, kedua-duanya pelajar Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) UMK, yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.

Nur Fatihah berkata UMKLIZER Enterprise mempertaruhkan produk ROT2RISH, iaitu baja bio-kompos organik yang dihasilkan daripada sisa makanan komuniti menerusi penggunaan teknologi mesin MAEKO.

Beliau berkata teknologi itu membolehkan sisa makanan diproses menjadi baja kompos dalam tempoh 24 jam, berbanding kaedah pengkomposan konvensional yang boleh mengambil masa sehingga tiga bulan.

Projek berteraskan kelestarian alam dan impak sosial itu dibangunkan di bawah bimbingan pensyarah FIAT UMK, Ts. Dr. Tengku Halimatun Sa’adiah T. Abu Bakar.

Sementara itu, Muhammad Hang Sufi berkata Leaf Eternal Trading mengetengahkan produk Nano-Biofertilizer, iaitu baja nano-bio yang menggabungkan bahan bersaiz nano antara satu hingga 100 nanometer dengan mikroorganisma berfaedah.

Beliau berkata teknologi itu berfungsi meningkatkan penyerapan nutrien oleh tumbuhan, mengawal pelepasan nutrien secara beransur-ansur dan mengurangkan sisa pencemaran bahan kimia dalam tanah pertanian.

Program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu berlangsung dari 13 hingga 15 Okt dan disertai 3,008 mahasiswa daripada 186 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Daripada 768 idea perniagaan yang dihasilkan, hanya 30 idea terbaik dipilih untuk ke peringkat akhir, merangkumi enam kategori dalam sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), ekonomi jingga serta ekonomi biru.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan program disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong.

Menurut kenyataan UMK, kejayaan itu mencerminkan keupayaan mahasiswa universiti berkenaan menghasilkan inovasi berpotensi komersial yang memenuhi keperluan industri dan pasaran.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM