Home / Akademik / UMT, MACEE perbaharui MoU, perkukuh peluang akademik Malaysia-AS

UMT, MACEE perbaharui MoU, perkukuh peluang akademik Malaysia-AS

oleh Editorial KampusKini

PUTRAJAYA – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas peluang pendidikan, penyelidikan, pembangunan bakat dan mobiliti akademik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pembaharuan MoU itu menyediakan landasan kepada warga UMT untuk meneroka peluang pengajian, pengajaran, penyelidikan dan pertukaran akademik di Amerika Syarikat menerusi program Fulbright.

Pada masa sama, kerjasama berkenaan membuka ruang kepada sarjana serta penerima geran Fulbright dari Amerika Syarikat untuk berinteraksi dan menjalinkan kerjasama dengan komuniti akademik UMT.

UMT diwakili Timbalan Pengarah Pusat Antarabangsa UMT merangkap Malaysian Fulbright Ambassador, Prof. Madya ChM Dr. Tuan Nurul Sabiqah Tuan Anuar, dalam sesi Exchange of MOUs antara Fulbright Malaysia dan universiti rakan strategiknya.

Majlis berkenaan berlangsung di Le Méridien Putrajaya bersempena Fulbright 80th Anniversary Reception yang turut menghimpunkan MACEE bersama 26 universiti rakan strategiknya di Malaysia.

Pembaharuan kerjasama UMT-MACEE itu selari dengan usaha universiti memperluas jaringan akademik dan penyelidikan global, selain meningkatkan mobiliti warga universiti serta peluang kolaborasi dan pertukaran ilmu dengan institusi di Amerika Syarikat.

Majlis turut menampilkan ucaptama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, ucapan alu-aluan Executive Director Fulbright Malaysia Aeti Abdullah serta Special Remarks Assistant Secretary of State for Educational and Cultural Affairs (ECA), U.S. Department of State, The Honorable Cate Dillon.

Kerjasama UMT-MACEE menerusi program Fulbright dijangka terus memperkukuh hubungan akademik kedua-dua negara, khususnya dalam aspek pertukaran ilmu, pembangunan bakat dan penyelidikan antarabangsa.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *