Home / Akademik / KPTM perkukuh kualiti akademik menerusi penilaian luar

KPTM perkukuh kualiti akademik menerusi penilaian luar

oleh Editorial KampusKini

KUALA LUMPUR – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) memperkukuh kualiti program akademiknya menerusi penglibatan Panel Penilai Luar (PPL) bagi memastikan kurikulum dan pelaksanaan pengajaran serta pembelajaran memenuhi standard ditetapkan.

Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Lailatul Asmah Mohd Tahir berkata penglibatan pakar luar daripada kalangan ahli akademik dan industri penting bagi memastikan program pengajian kekal relevan dengan perubahan landskap pekerjaan serta keperluan masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan KPTM Excellence Partners Appreciation 2026 di Hotel Primera, yang turut menghargai sumbangan ahli akademik dan wakil industri dalam penilaian serta penambahbaikan program pengajian KPTM.

“Tujuan penilaian bukan untuk membuktikan, tetapi untuk menambah baik,” katanya, merujuk kepada kepentingan menjadikan proses penilaian sebagai ruang mengenal pasti kelemahan dan meningkatkan mutu pendidikan secara berterusan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB), Radzuan Razali berkata PPL merupakan rakan strategik institusi itu dalam memperkukuh mutu akademik, dan bukan sekadar pihak yang melaksanakan penilaian.

“Kualiti memerlukan kesediaan untuk mendengar, keberanian menerima teguran dan kesungguhan untuk melaksanakan penambahbaikan,” katanya.

PPL KPTM terdiri daripada Panel Pemeriksa Luar dalam kalangan ahli akademik dan Panel Penasihat Luar daripada industri, yang menilai aspek kurikulum, kaedah penilaian, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian hasil pembelajaran.

Usaha penambahbaikan itu turut mengambil kira Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) 2.0, Pendidikan Berasaskan Nilai (VBE) dan Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (ESD), dengan penekanan terhadap penguasaan ilmu, kemahiran, nilai dan tanggungjawab sosial.

Pada majlis itu, Lailatul Asmah turut menyampaikan plak penghargaan kepada 46 Panel Penilai Luar yang hadir.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM