Home / Penyelidikan / UMPSA pelawa industri teroka kerjasama teknologi mobiliti pintar, autonomi dan aeroangkasa

UMPSA pelawa industri teroka kerjasama teknologi mobiliti pintar, autonomi dan aeroangkasa

oleh Editorial KampusKini

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mempelawa pemain industri berkaitan mobiliti pintar, sistem autonomi, teknologi kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dan aeroangkasa meneroka kerjasama dalam pembangunan serta pengkomersialan teknologi.

Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yatimah Alias, berkata universiti itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada penghasilan penyelidikan, malah memastikan teknologi yang dibangunkan dapat diuji, disesuaikan dan ditambah baik sebelum diterapkan dalam aplikasi sebenar industri.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan bertajuk “Built to Deploy: Engineering Technologies for Mobility, Intelligent Systems and Aerospace” sempena sesi sidang selari University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Menurut beliau, keupayaan UMPSA dalam bidang automotif berkembang daripada kejuruteraan automotif konvensional kepada biodiesel, kenderaan elektrik (EV), mobiliti autonomi, pengecasan EV, robot bergerak autonomi serta sistem pintar dan terhubung.

“Perubahan ini menunjukkan bahawa nilai sesebuah kenderaan hari ini bukan hanya terletak pada sistem mekanikal, tetapi turut melibatkan kawalan, keterhubungan, autonomi dan integrasi sistem,” katanya.

Antara teknologi yang dibangunkan UMPSA termasuk sistem EV dan pengecasan, sistem persepsi menggunakan LiDAR, kamera, GNSS dan IMU, teknologi Vehicle-to-Everything (V2X), simulasi, kawalan kenderaan serta kecerdasan autonomi.

UMPSA turut memperkenalkan modul autonomi DREBAR yang boleh disesuaikan untuk pelbagai aplikasi termasuk bot tanpa pemandu, forklift dalam persekitaran teaching factory dan navigasi di kawasan tidak rata.

Dalam bidang sistem pintar, universiti itu turut membangunkan Integrated Security Management System yang menggabungkan pengurusan akses dan identiti, penjejakan kenderaan berasaskan GPS, pemantauan perimeter, kamera litar tertutup (CCTV) serta analitik dron menerusi projek yang dibiayai Kaneka Malaysia.

Prof Ts Dr Yatimah berkata UMPSA turut memperluas kepakaran ke bidang aeroangkasa menerusi pembangunan demonstrator roket propelan pepejal, kemudahan ujian statik motor roket dan sistem telemetri masa nyata dengan penglibatan rakan kolaborasi termasuk PINTAR dan STRIDE.

“Good research produces knowledge. Good technology development produces evidence,” katanya yang menekankan kepentingan pengujian, data dan validasi bagi memastikan teknologi mempunyai bukti prestasi yang kukuh.

Beliau berkata menerusi URIIS 2026, UMPSA membuka peluang kepada industri untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, penyelesaian masalah industri, penambahbaikan produk dan proses, pemindahan teknologi, konsultansi kejuruteraan, contract R&D, geran bersama, projek rintis dan latihan.

Ekosistem mobiliti UMPSA turut diperkukuh melalui kerjasama dengan rakan industri dan teknologi termasuk SDI Unitech, EV Plus Mobility, SIRIM, Pix Moving, MOVERobotic dan Emcovit.

Turut diketengahkan ialah usaha memperluas pembangunan aeroangkasa melalui VERSUS Innovation, sebuah concept venture studio yang bertujuan menterjemahkan keupayaan universiti kepada usaha niaga berasaskan teknologi tinggi, selain jaringan antarabangsa bersama University of Edinburgh, Aviation Australia dan CQUniversity.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM