Home / Penyelidikan / UKM perkenal tiga inovasi penuaan sihat, terima sumbangan RM55,000

UKM perkenal tiga inovasi penuaan sihat, terima sumbangan RM55,000

oleh Editorial KampusKini

PUTRAJAYA – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkenalkan tiga inovasi rintis penuaan sihat menerusi Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE), Fakulti Sains Kesihatan, sempena Sambutan Hari Warga Emas 2026 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, baru-baru ini.

Tiga inovasi itu ialah iAGELESS 1.0, modul intervensi pelbagai domain bagi menyokong fungsi kognitif warga emas; WR², protokol latihan senaman pelbagai komponen dan rangsangan kognitif; serta TP3 in 1, formulasi buah-buahan tropika kaya polifenol bagi membantu mengurangkan tekanan oksidatif.

Sebagai sokongan terhadap pembangunan inovasi berasaskan penyelidikan, majlis itu turut menyaksikan penyerahan simbolik cek berjumlah RM55,000 daripada dua rakan industri.

Daripada jumlah itu, Premier Integrated Rehab Sdn. Bhd. menyumbang RM35,000 bagi pembangunan inovasi iAGELESS 1.0 dan WR², manakala SR Neotech Sdn. Bhd. menyumbang RM20,000 bagi inovasi TP3 in 1.

Majlis bertemakan “Warga Emas Disayangi, Negara Harmoni” itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

Turut berlangsung ialah penyampaian Anugerah Seri Emas Sejahtera Putrajaya 2026 oleh Perbadanan Putrajaya sebagai penghargaan kepada warga emas yang menyumbang kepada komuniti dalam pelbagai kategori.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM Prof. Datuk Dr. Fariza Md Sham bersama tetamu kehormat turut melawat reruai pameran yang mengetengahkan pelbagai inisiatif, inovasi dan perkhidmatan berkaitan kesihatan serta kesejahteraan warga emas.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir; Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM Prof. Dr. Suzana Shahar; Pro Naib Canselor (Strategi dan Kelestarian) UKM Prof. Datuk Dr. Roslee Rajikan serta Pendaftar UKM Zanudin Mohd Daud.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:58


Zohor

13:01


Asar

16:22


Maghrib

18:59


Isyak

20:11

Sumber: e-Solat JAKIM