Home / Penyelidikan / UPSI, Hijrah Water perkukuh kerjasama penyelidikan dan inovasi

UPSI, Hijrah Water perkukuh kerjasama penyelidikan dan inovasi

oleh Bazli Razak

KUALA LUMPUR– Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh jaringan universiti-industri menerusi kerjasama strategik dengan Hijrah Water Sdn Bhd bagi meneroka peluang dalam penyelidikan, inovasi, pembangunan kepakaran dan pemindahan ilmu.

Kerjasama itu berlangsung sempena University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) di sini semalam.

Sesi simbolik kerjasama itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

UPSI diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar, manakala Hijrah Water diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Faris Hamzi Mohamad.

Prof Dr Suriani berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen UPSI untuk memperluas jaringan strategik bersama sektor industri, khususnya dalam memperkukuh aktiviti penyelidikan dan inovasi.

“Kerjasama ini membuka ruang kepada UPSI dan Hijrah Water untuk meneroka peluang kolaborasi dalam penyelidikan, inovasi, pembangunan kepakaran serta pemindahan ilmu yang dapat memberi manfaat kepada industri dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata jalinan universiti-industri juga penting bagi memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemahkan kepada aplikasi dan penyelesaian yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Menurutnya, UPSI akan terus memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi melalui jaringan bersama rakan strategik daripada sektor industri.

Penganjuran URIIS 2026 menjadi platform yang mempertemukan institusi pendidikan tinggi, industri, pelabur dan pemegang taruh bagi meneroka peluang kerjasama dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.

Kerjasama UPSI-Hijrah Water itu turut memperlihatkan usaha universiti memperluas jaringan strategik dengan industri bagi memastikan aktiviti penyelidikan dan inovasi terus responsif terhadap keperluan masyarakat serta perkembangan semasa.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:58


Zohor

13:01


Asar

16:23


Maghrib

18:59


Isyak

20:12

Sumber: e-Solat JAKIM