Home / Penyelidikan / UKM, IMEC teroka kerjasama semikonduktor, teknologi perubatan masa hadapan

UKM, IMEC teroka kerjasama semikonduktor, teknologi perubatan masa hadapan

oleh Editorial KampusKini

KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneroka kerjasama penyelidikan dan inovasi bersama Interuniversity Microelectronics Centre (IMEC), Belgium dalam bidang teknologi semikonduktor serta perubatan masa hadapan.

Lawatan dan perbincangan yang diketuai Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Sufian Jusoh itu memberi tumpuan kepada potensi kerjasama melalui Pusat Semikonduktor UKM dalam teknologi nanofilter silikon, bahan salutan nano, mikrofluidik dan biosensor.

UKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerjasama itu turut merangkumi aspek pemindahan teknologi serta pembangunan microcredential yang diiktiraf bersama UKM dan IMEC bagi memperkukuh pembangunan bakat berkemahiran tinggi.

“Inisiatif ini membuka ruang kepada pengukuhan pembangunan bakat berkemahiran tinggi, selain memperluas laluan daripada penyelidikan kepada aplikasi teknologi dan keperluan industri,” menurut kenyataan itu.

Dalam lawatan sama, delegasi UKM turut mengadakan perbincangan dengan IMEC Eindhoven dan University Medical Center (UMC) Utrecht bagi meneroka potensi kerjasama penyelidikan berorientasikan industri dalam bidang artificial kidney dan regenerative medicine.

Kerjasama berkenaan berpotensi menghubungkan kepakaran penyelidikan UKM dengan teknologi terkehadapan serta keperluan industri dan masyarakat, khususnya dalam bidang semikonduktor dan teknologi perubatan.

Langkah itu selaras dengan usaha UKM memperluas jaringan penyelidikan antarabangsa serta membangunkan ekosistem inovasi rentas disiplin yang dapat menterjemahkan hasil penyelidikan kepada aplikasi teknologi.

Turut menyertai delegasi ialah Pengarah Pusat Semikonduktor UKM Prof Dr Azrul Azlan Hamzah.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM