Home / Akademik / UCB galak inovasi digital dalam bidang kaunseling menerusi pertandingan mahasiswa

UCB galak inovasi digital dalam bidang kaunseling menerusi pertandingan mahasiswa

oleh Nor Naziruyani Anang

SETIU– University College Bestari (UCB) terus menggalakkan penerapan teknologi digital dalam bidang kaunseling menerusi penganjuran Pertandingan Tools Digital Kaunseling sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2026 peringkat institusi itu.

Pertandingan yang disertai pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian (BOC) itu menjadi platform bagi mahasiswa mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan alat bantu digital yang berpotensi menyokong proses serta perkhidmatan kaunseling.

Program bertemakan “Kaunseling Era Digital Memacu Kesejahteraan” itu dianjurkan pelajar program BOC, Fakulti Sains Sosial UCB di Dewan Terbuka UC Bestari, dengan tujuan meningkatkan kesedaran warga universiti mengenai kepentingan kaunseling dan kesejahteraan mental.

Majlis perasmian dan gimik pelancaran disempurnakan Pendaftar UCB Prof. Madya Norsham Mohamed.

Menerusi pertandingan itu, pelajar berpeluang menggabungkan pengetahuan teori dan kemahiran kaunseling dengan teknologi maklumat, selain menerapkan prinsip etika profesional, kerahsiaan klien serta tanggungjawab dalam penggunaan teknologi digital.

Tempat pertama dimenangi Wan Nur Aqilah Wan Muhammad Shamsuddin daripada BOC Semester Satu menerusi inovasi “Colour Analysis”, manakala tempat kedua diraih Nurul Amilia Amberan daripada BOC Semester Tiga dengan inovasi “Ruang Diri”.

Tempat ketiga pula dimenangi Muhammad Aidil Dharwisy Abd Rahim dan Shafiqah Raihanah Mohd Salleh, masing-masing daripada BOC Semester Tiga dan Semester Enam, menerusi inovasi “Cari Saya”.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Dekan Fakulti Sains Sosial UCB Prof. Madya Dr. Anura Ibrahim.

Selain pertandingan, program itu turut menampilkan sesi “15 Minit Bersama Farmasi Ehsan Setiu” menerusi kerjasama dengan Farmasi Ehsan Setiu bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek kesihatan dan kesejahteraan.

Program berkenaan turut memberi penekanan kepada pembudayaan nilai empati, kemahiran mendengar secara berkesan serta sikap prihatin terhadap kesejahteraan orang lain, di samping penggunaan teknologi secara beretika, selamat dan bertanggungjawab dalam bidang kaunseling.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Dekan kepada pelajar BOC bagi Semester Kedua Sesi 2025/2026 sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik mereka.

Penganjuran program itu turut mendapat sokongan penajaan ANS World Resources, Asbi Bina Enterprise, Warung Ayam & Ikan Bakar Pulau Berangan serta Muhammad Aidil Darwisy Abd Rahim dan keluarga.

Program berkenaan diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan mental, selain melahirkan bakal kaunselor yang kompeten, kreatif, berintegriti dan mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan kaunseling.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:40


Subuh

05:50


Syuruk

07:00


Zohor

13:03


Asar

16:25


Maghrib

19:00


Isyak

20:14

Sumber: e-Solat JAKIM