Home / Sekolah / Perak juara Pertandingan Rekoder dan Genderang Kebangsaan 2026

Perak juara Pertandingan Rekoder dan Genderang Kebangsaan 2026

oleh Editorial KampusKini

PORT DICKSON– Kontinjen Perak muncul juara Pertandingan Rekoder dan Genderang Peringkat Kebangsaan 2026, sekali gus mengharumkan nama negeri itu menerusi persembahan pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Behrang 2020.

Lebih membanggakan, murid sekolah berkenaan, Muhammad Fakhrullah Fauzan Muhammad Fadil, turut menerima Anugerah Khas Konduktor Terbaik dalam pertandingan yang berlangsung di Glory Beach Resort di sini.

Kejayaan itu mencerminkan komitmen dan disiplin murid dalam mengembangkan bakat seni muzik menerusi latihan berterusan serta bimbingan jurulatih.

Pasukan berkenaan dibimbing jurulatih utama Siti Norfadhilah Mior Pendawa dan jurulatih genderang Mohammad Syahir Abdul Majid, manakala Norshahida Nor Azmi bertindak sebagai pengurus kontinjen.

Persediaan pasukan turut mendapat khidmat bantu daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menerusi Zamrus Hashim dan Mohd Mustaqim Abdullah yang berkongsi kepakaran bagi meningkatkan mutu persembahan.

Kejayaan itu turut memperlihatkan kepentingan kerjasama antara pihak sekolah, jurulatih dan institusi pendidikan tinggi dalam membantu mencungkil serta mengembangkan potensi murid dalam bidang seni dan kokurikulum.

Pencapaian berkenaan diharap menjadi dorongan kepada murid untuk terus mengasah bakat, meningkatkan disiplin dan menyertai aktiviti kokurikulum bagi mencapai kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM