Home / Sekolah / Jalur Gemilang Berkibar, Semangat Merdeka Membara di SK Mantera

Jalur Gemilang Berkibar, Semangat Merdeka Membara di SK Mantera

Oleh Ahmad Safarman Dollah

KOTA BHARU – Semangat cintakan negara terus disemarakkan dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Mentera apabila sekolah itu mengakhiri sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia menerusi sebuah majlis penuh patriotik.

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang berlangsung di Dewan Aman Perdana pada 20 September lalu menghimpunkan murid dan guru dalam suasana meriah dan penuh warna-warni.

Program berkenaan bukan sahaja menjadi kemuncak kepada rangkaian aktiviti sepanjang sambutan, malah memberi peluang kepada murid menzahirkan semangat patriotisme melalui pelbagai aktiviti yang dirancang pihak sekolah.

Guru Besar SK Mentera, Ruzaini Ab Sattar berkata, program seumpama itu penting dalam memberi pengalaman kepada murid untuk mengenali sejarah negara serta memahami makna sebenar kemerdekaan.

“Program seperti ini bukan sekadar menghidupkan suasana sambutan kemerdekaan, tetapi memberi peluang kepada murid untuk memahami sejarah negara dan menyemai rasa cinta kepada Malaysia melalui penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.

Menurut penyelaras program, Ridhwan Abdul Hamid, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang sambutan mendapat sambutan menggalakkan daripada murid dan guru.

Katanya, penglibatan aktif warga sekolah membuktikan sambutan Bulan Kemerdekaan bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi medium untuk memupuk nilai kerjasama, kreativiti, keyakinan diri dan kecintaan terhadap negara.

Majlis dimulakan dengan pertandingan Pakaian Beragam Merdeka sebelum warga sekolah bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah.

Suasana bertambah meriah apabila murid dan guru menyanyikan lagu patriotik Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang, sekali gus mencetuskan suasana penuh semangat dan kebanggaan terhadap negara.

Acara diteruskan dengan bacaan doa, ucapan perasmian penutup dan gimik perasmian sebelum para pemenang pelbagai pertandingan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia menerima hadiah daripada Ruzaini. Majlis itu sekali gus menutup tirai sambutan dengan meninggalkan pengalaman bermakna kepada murid untuk terus menghargai kemerdekaan, menghayati sejarah negara dan menzahirkan kecintaan terhadap Malaysia dalam kehidupan seharian.

 

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM