oleh Editorial KampusKini
TANJONG MALIM- Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI), Datuk (Dr) Ahmad Sani Araby Datuk Abdul Alim Araby berharap mahasiswa universiti itu berani pelbagai idea baharu jika.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perkongsian zaman mahasiswa hingga menjadi aktivis kemanusiaan membantu rakyat Palestine yang ditindas Israel.
Sesi yang diadakan di UPSI Adventure Park, Kampus Sultan Azlan Shah sempena Kem Bina Bitara Insan (BIB), Fakulti Bahasa dan Komunikasi semalam menyaksikan seramai lebih 200 semester satu Diploma Bahasa Inggeris mengikuti ceramah yang memberi motivasi dan pembentukan hala tuju menjadi pelajar hebat.
Sebagai alumni UPSI yang kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) beliau berkata beliau memilih bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua( TESL) bertujuan membuat persiapan membina kredibiliti diri yang masa mendatang.
Sebagai bekas pelajar TESL, Ahmad Sani yakin penguasaan bahasa Inggeris memberi satu kelebihan untuk berdepan dengan situasi perundingan peringkat dunia.
“Sebagai mahasiswa, anda perlu berani mencipta perbezaan idea dan mempraktik kaedah strategi menang supaya kita dilihat berbeza daripada orang lain bagi menyerlah karisma diri dan ditidak dipandang rendah,” katanya.
Semasa perkongsian hampir dua jam itu, beliau yang juga Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) baru-baru ini berkata semasa zaman sekolah lagi beliau sudah berkreatif dengan menceburi bidang keusahawanan dan seni nyanyian nasyid.
“Jadilah Anak Kandung Suluh Budiman yang versatil, berkeperibadian, berakhlak dan dalam masa yang sama memiliki kemahiran komunikasi yang berkeyakinan tinggi untuk mendepani masyarakat antarabangsa seperti yang disarankan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.
Sebagai contoh, katanya, alumni UPSI yang kini berkhidmat untuk MAPIM, Dr Mohd. Hafiz Md. Hanif dengan kreatif mencipta aplikasi Tracker untuk membantu memantau perjalanan pasukan Somud Flotila memasuki Gaza menjadi alumni kebanggaan UPSI.
Ini, katanya, satu kebanggaan yang tinggi untuk UPSI kerana berjaya membangunkan insan yang mempunyai kreativiti yang tinggi bertaraf dunia dan dikagumi antarabangsa walaupun dari bidang pengajian TESL.
“Anda semua harus berbangga menjadi ahli keluarga UPSI yang namanya mengharum dalam pelbagai aspek termasuk kesukarelawanan dan sukan menempah kejayaan malah dikagumi di peringkat negara dan dunia,” katanya.
Justeru, katanya, bermula hari ini peserta dan semua mahasiswa UPSI harus bangkit mencipta kehebatan dalam pelbagai bidang agar UPSI terus dikagumi dan dihormati.
Hadir sama Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr Mohd Amir Mohd Zahari; Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, Prof Madya Dr Noraini Zulkepli; Pengarah Akademi Bahasa Antarabangsa (AKAR), Dr Mazlin Mohamed Mokhtar serta Penyelaras Media Bahagian Komunikasi Korporat, Dr Ghazali Din.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI yang mendidik beliau sehingga berjaya ke tahap sekarang.
Photo credit dan sumber: Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI)


Leave a Reply