Home / Mahasiswa / MPP UiTM Shah Alam kendali Program Tunas Satria Siri 2

MPP UiTM Shah Alam kendali Program Tunas Satria Siri 2

oleh Fairus Muhamad Darus

ALOR GAJAH – Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam diberi tanggungjawab mengendalikan Program Tunas Satria Siri 2 yang berlangsung di Kem Permata Resort, di sini, dari 6 hingga 8 November lalu, sebagai platform mengasah kemahiran kepimpinan melalui pengalaman sebenar.

Program selama tiga hari dua malam itu diterajui Yang Dipertua MPP UiTM Shah Alam, Mohamad Adib Hazim Mohamad Razali, dengan bimbingan dan penyeliaan staf Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Shah Alam.

Penglibatan MPP sebagai pelaksana memberi peluang kepada barisan kepimpinan mahasiswa mengurus perjalanan program, menyelaraskan aktiviti serta memastikan kebajikan peserta, sekali gus mendedahkan mereka kepada tanggungjawab sebenar dalam pengurusan organisasi.

Berteraskan pendekatan pembelajaran melalui pengalaman, program itu menampilkan pelbagai aktiviti fizikal termasuk merentas hutan, latihan mengatasi halangan, latihan keyakinan di air dan menyeberangi sungai bagi menguji ketahanan diri, keberanian serta kerjasama berpasukan.

Peserta turut mengikuti sesi Debat Mahasiswa dan Adab dan Ilmu Pengucapan Awam yang memberi penekanan kepada kemahiran berhujah, komunikasi berkesan serta keupayaan menyampaikan pandangan secara berhemah.

Bagi peserta, Muhammad Raif Rafizi Ahmad Nizan, mahasiswa semester tiga Fakulti Undang-Undang UiTM, program itu memberikan pendedahan mengenai kepentingan disiplin diri dan tanggungjawab terhadap pasukan.

“Program ini mengajar peserta dua perkara, iaitu pengurusan diri seperti disiplin dan ketepatan masa, serta kerjasama berkumpulan.

“Pemimpin hebat tidak lahir daripada keselesaan, tetapi daripada cabaran yang dihadapi,” katanya.

Program itu turut diserikan dengan sesi dialog bersama Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Akmal Zharif Ahmad Kamal, yang membincangkan harapan serta cabaran kepimpinan generasi muda.

Sesi berkenaan memberi peluang kepada peserta mengemukakan pandangan mengenai tanggungjawab pemimpin mahasiswa dalam mendepani perubahan dan memenuhi harapan masyarakat.

Majlis penutupan program disempurnakan Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar UiTM, Dr Firdaus Mohamad.

Penganjuran Tunas Satria Siri 2 diharap dapat melahirkan mahasiswa yang lebih berdisiplin, berkeyakinan dan matang dalam menggalas tanggungjawab kepimpinan, selain meningkatkan keupayaan mereka bekerjasama serta memahami keperluan orang lain.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:59


Zohor

13:01


Asar

16:23


Maghrib

18:59


Isyak

20:12

Sumber: e-Solat JAKIM