Home / Sekolah / Tiga murid Orang Asli SK Muadzam Jaya raih Anugerah Emas inovasi

Tiga murid Orang Asli SK Muadzam Jaya raih Anugerah Emas inovasi

oleh Mohd Rizal Azman Rifin

MUADZAM SHAH– Tiga murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya (SKMJ) meraih Anugerah Emas menerusi reka bentuk inovasi berasaskan bahan terpakai pada Pertunjukan dan Pameran Kemahiran Melalui Reka Bentuk (KmR-PBL) dan Orienteering STEM A Murid Orang Asli peringkat negeri Pahang, baru-baru ini.

Kejayaan itu dicapai menerusi penyertaan Angelina Marion Rose Roslan, Aimel Koh Koh Soon Huat dan Kishhendry Elibi yang mengetengahkan reka bentuk bertemakan “Penggunaan Alternatif daripada Bahan Terpakai Dapat Cetuskan Idea Inovasi”.

Pasukan SKMJ berjaya memperoleh pengiktirafan itu selepas bersaing dengan 30 sekolah lain dalam program yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Guru pembimbing pasukan, Nurulain Zaituni Che Ghani berkata program itu menjadi platform untuk mengetengahkan kreativiti, inovasi, potensi dan kebolehan murid Orang Asli menerusi pembelajaran berasaskan reka bentuk serta aktiviti Orienteering Junior STEM A.

Beliau berkata pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dan KmR memberi peluang kepada murid menghubungkan pembelajaran dengan situasi kehidupan sebenar, selain mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah, komunikasi dan kerja berpasukan.

Guru Besar SKMJ Haslizan Hassan pula berkata kejayaan itu membuktikan setiap murid berpeluang menonjolkan bakat dan potensi diri tanpa mengira latar belakang, sekiranya diberikan ruang dan peluang yang sewajarnya.

Beliau berharap pencapaian tersebut menjadi pembakar semangat kepada murid lain untuk terus berusaha dan membawa nama sekolah ke peringkat lebih tinggi.

Haslizan turut merakamkan penghargaan kepada guru pembimbing yang membimbing serta memberikan sokongan berterusan kepada murid sepanjang persiapan pertandingan itu.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM