Home / Kampus / UUM perkukuh pengantarabangsaan, terima pelajar dari 20 negara

UUM perkukuh pengantarabangsaan, terima pelajar dari 20 negara

oleh Editorial KampusKini

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi berorientasikan antarabangsa apabila menerima 211 pelajar antarabangsa dari 20 negara bagi Semester Pertama Sesi Akademik 2026/2027.

Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata kemasukan pelajar antarabangsa itu turut disokong kehadiran pelajar dari Amerika Syarikat, Kanada dan Perancis, selain negara Asia, Timur Tengah dan Afrika.

“Indonesia mencatat jumlah pelajar antarabangsa tertinggi dengan 127 orang, diikuti China (27), Thailand (10), Bangladesh (9), Qatar (6) dan Yaman (5),” katanya pada sidang media di Anjung Tamu UUM, di sini hari ini.

Beliau berkata UUM turut menerima 110 pelajar mobiliti antarabangsa bagi sesi berkenaan, menjadikan kampus UUM lebih pelbagai dari segi latar belakang dan pengalaman akademik.

Antara pelajar mobiliti yang diterima ialah dari Indonesia seramai 50 orang, Uzbekistan (26), China (20), Pakistan (5), Perancis dan Jepun masing-masing tiga orang, Filipina (2) serta Brunei (1).

Menurut Ahmad Martadha, perkembangan itu mencerminkan daya tarikan UUM dalam kalangan pelajar antarabangsa serta usaha berterusan universiti memperluas jaringan akademik merentasi sempadan.

Dalam pada itu, UUM menerima keseluruhan 4,982 pelajar baharu bagi sesi akademik berkenaan untuk mengikuti 47 program Sarjana Muda, dengan 4,661 daripadanya merupakan pelajar tempatan.

Beliau berkata kepelbagaian komuniti mahasiswa memberi peluang kepada pelajar tempatan dan antarabangsa berinteraksi dalam persekitaran pembelajaran yang lebih global, sekali gus meningkatkan pengalaman pendidikan mereka.

Pada sesi berkenaan, UUM turut menerima sembilan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan lapan pelajar Orang Asli, manakala 96 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima bantuan menerusi dana Yuran Kebajikan dan sumbangan TH-IQRA.

Secara keseluruhan, sehingga 30 Ogos lalu, UUM mempunyai 29,030 pelajar yang terdiri daripada 25,421 pelajar peringkat Sarjana Muda dan 3,609 pelajar pascasiswazah.

Photo credit dan sumber: Universiti Utara Malaysia (UUM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM