Home / Kampus / UMPSA perkenal lapan inisiatif wakaf pembangunan universiti

UMPSA perkenal lapan inisiatif wakaf pembangunan universiti

oleh Editorial KampusKini

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memperkenalkan lapan inisiatif wakaf bagi memperkukuh pembangunan prasarana universiti serta meningkatkan kemudahan pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan kebajikan warga kampus serta masyarakat.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi kerjasama strategik UMPSA dengan Wakaf Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), sekali gus membuka peluang kepada warga universiti, alumni, rakan industri dan orang ramai untuk menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.

Naib Canselor UMPSA Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias berkata wakaf merupakan amalan yang memberi manfaat berpanjangan kepada generasi masa kini dan akan datang.

“Seiring dengan komitmen UMPSA dalam memperkukuh pembangunan universiti dan kesejahteraan ummah, dua inisiatif utama diperkenalkan, iaitu Wakaf Projek dengan lapan inisiatif dan Wakaf Tunai UMPSA,” katanya.

Lapan inisiatif Wakaf Projek itu merangkumi pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah 2 dan Kolej Kediaman Mawaddah 3 (Ulul Albab), menaik taraf Unit Pergigian UMPSA Kampus Gambang, Wakaf Bas, Jambatan Titian Iman, Van Serbaguna Masjid Al-Jazari, karpet Masjid UMPSA Gambang serta Dewan Serbaguna Masjid Al-Jazari.

Beliau berkata sumbangan yang dikumpulkan menerusi inisiatif berkenaan diharap dapat menyokong pembangunan pendidikan, penyediaan kemudahan universiti dan kebajikan masyarakat, tertakluk kepada tujuan serta ketetapan wakaf yang diluluskan.

Majlis turut menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama antara Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi Haji Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pahang, Dr. Haji Mohd Azmi Haji Othman bersama Naib Canselor UMPSA.

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyaksikan acara berkenaan sempena pemasyhuran Dewan Tuanku Canselor UMPSA.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:01


Asar

16:18


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM