Home / Kampus / ICYM himpun 58 guru kaunseling perkukuh usaha tangani buli, gangsterisme

ICYM himpun 58 guru kaunseling perkukuh usaha tangani buli, gangsterisme

Semua peserta dan penganjur bergambar bersama

Oleh Noriza Hussain

BUKIT BARU– Seramai 58 guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Melaka menyertai program anjuran Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) bagi memperkukuh kerjasama menangani isu buli dan gangsterisme serta meningkatkan kesejahteraan pelajar.

Program School Counsellors’ Connect ICYM 2026: From School to Future anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar ICYM itu turut menjadi platform untuk membincangkan potensi kerjasama antara institusi pendidikan dengan pihak sekolah dalam menangani isu sosial dan memperluas peluang pendidikan kepada pelajar.

Sesi perkongsian oleh Dr. Sri Kumar Sivakumaran mengetengahkan risiko dan kesan buli serta gangsterisme, selain kepentingan langkah pencegahan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk pelajar.

Program yang diselaraskan oleh Tn. Hj. Jasmy Fardzy Abdul Aziz itu turut membuka ruang kepada guru untuk bertukar pandangan serta meneroka kerjasama dalam pelaksanaan program motivasi dan kepimpinan bagi pelajar sekolah.

Selain usaha menangani isu sosial, program itu turut memperkenalkan peluang pendidikan dan kerjaya menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai antara laluan selepas tamat persekolahan.

Pengisian program turut merangkumi aktiviti menghias kek cawan dengan bimbingan pelajar dan tenaga pengajar Program Pastri TVET ICYM, selain persembahan ukulele oleh pelajar bersama pensyarah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Penganjuran program itu diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara ICYM dengan guru bimbingan dan kaunseling, sekali gus menyokong usaha pencegahan gejala sosial serta meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peluang melanjutkan pengajian.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:01


Asar

16:18


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM