Home / Kampus / UniSZA buka Kafe KopieSatu, perkaya kemudahan warga kampus

UniSZA buka Kafe KopieSatu, perkaya kemudahan warga kampus

oleh Editorial KampusKini

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperluas kemudahan makanan dan minuman untuk warga kampus menerusi pembukaan Kafe KopieSatu di Kompleks UniSISWA, Kampus Gong Badak, di sini.

Kafe itu menyediakan ruang santai untuk mahasiswa, kakitangan dan pengunjung universiti, selain menjadi sebahagian daripada usaha UniSZA memperkukuh kerjasama dengan pengusaha perniagaan serta mengoptimumkan penggunaan ruang dan aset universiti.

Majlis perasmian disempurnakan Pro-Canselor UniSZA Y.M. Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin dan turut dihadiri Naib Canselor UniSZA Datuk Prof Dr. Fadzli Adam serta wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu.

Kafe KopieSatu yang membawa konsep “Citarasa Lokal Kualiti Global” diharap menjadi lokasi pilihan warga kampus untuk berehat dan berinteraksi di luar waktu pembelajaran serta urusan rasmi.

Pembukaan kafe itu turut menyokong usaha penjanaan pendapatan universiti melalui kerjasama strategik dengan pihak industri, di samping mempelbagaikan perkhidmatan yang tersedia dalam persekitaran kampus.

Bersempena pembukaan rasmi itu, KopieSatu turut menawarkan diskaun 20 peratus bagi pembelian minuman pada hari pembukaan.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM