Home / Kampus / UPSI prihatin bertindak segera santuni pelajar baharu terkandas di Batang Kali

UPSI prihatin bertindak segera santuni pelajar baharu terkandas di Batang Kali

Timbalan Pendaftar BHEP, Anizan Md Noor dan Timbalan Pendaftar WEZAS, Abd Ghani Mansor (kiri) menyampaikan sumbangan sedekah RM500 kepada Siti Nur Shahirah (tengah).

oleh Editorial KampusKini

BATANG KALI– Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak segera membantu Siti Nur Shahirah Abdullah, pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Moral, Fakulti Sains Kemanusiaan yang akan mendaftar hari ini apabila kenderaan yang dinaiki mengalami kerosakan di Batang Kali petang semalam.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata Siti Nur Shahirah  bergerak ke Tanjung Malim dari PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan kenderaan dinaiki mengalami kerosakan.
” Justeru, UPSI menghantar pasukan ke Batang Kali  membantu  mereka untuk dibawa ke Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,” katanya.
Siti Nur Shahirah adalah anak sulung daripada lima beradik dari latar keluarga berpendapatan rendah dan bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sekitar RM1,800 sebulan, manakala ibunya  suri rumah tangga.
“Kami juga menggerakkan bantuan segera agar Siti Nur Shahirah dapat mendaftar dan melanjutkan pengajian berikutan  keluarganya hidup  serba kekurangan.
Katanya, UPSI memberi bantuan Rescue Kenderaan Rosak bagi membantu keluarga meneruskan perjalanan, menyediakan penginapan Pra Pendaftaran serta makan malam kepada mereka sekeluarga.
Beliau berkata diharapkan bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada Siti Nur Shahirah untuk memulakan perjalanan sebagai mahasiswa UPSI dengan lebih tenang.
Menurut beliau Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI turut membantu Siti Nur  Shahirah melalui Bantuan Awal Semester Satu berjumlah RM2232.35 selain memberi bantuan Sedekah RM500 bagi meringankan bebanan keluarga ini.
Ibunya, Siti  Aminah Hashim, 41, berterima kasih kepada pihak pengurusan UPSI kerana membuka jalan dan mempermudahkan urusan anaknya untuk mendapatkan bantuan sebelum membuat pendaftaran hari ini.
Siti Aminah berkata bantuan yang diusahakan  En Abd Ghani dari WEZAS dan En Anizan dari JHEPA  ini amat bermakna dan meringankan beban saya sekeluarga dan anak kami untuk mendaftar.
“Keprihatinan UPSI tidak akan kami lupa dan berharap Siti Nur Shahirah belajar  bersungguh-sungguh serta aktif untuk mengharumkan nama UPSI,” katanya.
Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM