Home / Kampus / UniSZA terima lebih 1,300 pelajar baharu Diploma, 3,675 tawaran Ijazah

UniSZA terima lebih 1,300 pelajar baharu Diploma, 3,675 tawaran Ijazah

oleh Editorial KampusKini

KUALA NERUS– Seramai 1,316 pelajar baharu mendaftar bagi mengikuti program Diploma di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sempena sesi kemasukan baharu yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Kampus Gong Badak, di sini hari ini.

Pada masa sama, UniSZA mengeluarkan sebanyak 3,675 tawaran kepada calon bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi sesi berkenaan.

Pendaftaran itu menandakan bermulanya perjalanan akademik pelajar baharu yang memilih UniSZA sebagai destinasi pengajian tinggi, selain mencerminkan permintaan terhadap program pendidikan yang ditawarkan universiti berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, UniSZA turut menyalurkan Bantuan Awal Pendidikan Tinggi melalui Tabung Sadaqah kepada 13 mahasiswa baharu berjumlah RM9,500 bagi membantu meringankan beban kewangan mereka dan keluarga.

Bantuan berkenaan meliputi bantuan awal pengajian serta yuran pendaftaran berdasarkan keperluan penerima.

Penyampaian bantuan disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Datuk Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff yang mewakili Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen UniSZA dalam memastikan aspek kebajikan mahasiswa diberi perhatian, khususnya pada peringkat awal mereka memulakan pengajian di universiti.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM