Home / Utama / UniMAP, PPK Technology teroka kerjasama sistem lampu isyarat berasaskan AI

UniMAP, PPK Technology teroka kerjasama sistem lampu isyarat berasaskan AI

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan PPK Technology Sdn Bhd meneroka peluang kerjasama dalam pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membangunkan penyelesaian lebih pintar, selamat dan berimpak kepada masyarakat.

Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat antara Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif PPK Technology Sdn Bhd Dato’ Paduka Ts Dr Hj Aminuddin Dato’ Paduka Hj Ahmad Kayani, di sini semalam.

Antara fokus utama perbincangan termasuk pelaksanaan sistem lampu isyarat berasaskan AI di UniMAP, kolaborasi penyelidikan berimpak serta pembangunan makmal pusat latihan dan ujian.

Kerjasama itu turut meliputi peluang dalam bidang latihan industri dan penyelidikan bersama fakulti-fakulti UniMAP.

UniMAP dalam kenyataan berkata kerjasama strategik berkenaan mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memanfaatkan teknologi AI dalam menghasilkan penyelesaian yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan turut membuka ruang kepada pengukuhan hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan industri, khususnya dalam pembangunan teknologi, penyelidikan serta latihan yang memenuhi keperluan semasa.

Photo credit: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *