Home / Kampus / UMS tubuh Pusat Kolaborasi WHO pertama dunia bagi malaria zoonotik

UMS tubuh Pusat Kolaborasi WHO pertama dunia bagi malaria zoonotik

oleh Editorial KampusKini

KOTA KINABALU –  Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini melancarkan Pusat Kolaborasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaria Zoonotik yang ditubuhkan di Pusat Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan Borneo (BMHRC), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ceasar Mandela Malakun yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor merasmikan pusat berkenaan yang merupakan Pusat Kolaborasi WHO pertama dan satu-satunya di dunia yang dikhususkan bagi malaria zoonotik.

UMS dalam kenyataan berkata pusat berkenaan turut menjadi Pusat Kolaborasi WHO pertama di Malaysia Timur, sekali gus mengiktiraf kepakaran dan keupayaan penyelidikan universiti itu dalam bidang malaria zoonotik, khususnya Plasmodium knowlesi.

Menurut kenyataan itu, penubuhan pusat berkenaan menyediakan platform antarabangsa kepada UMS untuk bekerjasama dengan WHO dalam menangani cabaran malaria yang semakin kompleks dan berubah.

“Pusat ini akan memberi tumpuan kepada tiga bidang strategik iaitu memperkukuh pengawasan dan penyelidikan malaria zoonotik, memajukan kawalan vektor inovatif serta pendekatan One Health, selain membina kapasiti, menyokong dasar dan menggalakkan perkongsian ilmu,” menurut kenyataan itu.

Majlis pelancaran turut dihadiri wakil kanan WHO, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, UMS serta rakan penyelidikan dari dalam dan luar negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Mandela ketika menyampaikan ucapan Ketua Menteri Sabah sempena Majlis Perasmian Seminar Digital@Sabah Edisi Ke-18 dan Digital Tamu 2026 berkata transformasi digital perlu memberi tumpuan kepada pengalaman rakyat menerusi penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih mudah, pantas, proaktif dan mesra pengguna.

Beliau berkata agenda pendigitalan turut perlu memberi manfaat kepada ekosistem perniagaan, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan, selain memastikan aspek keselamatan siber dan perlindungan data rakyat terus diberi keutamaan.

“Digital Tamu turut menjadi platform yang mempertemukan pemain teknologi, agensi kerajaan dan usahawan tempatan bagi mempercepatkan proses pendigitalan perniagaan,” katanya.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM