Home / Kampus / UMPSA mudahkan urusan pelajar menerusi Student-OSC di dua kampus

UMPSA mudahkan urusan pelajar menerusi Student-OSC di dua kampus

oleh Editorial KampusKini

PEKAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memperkenalkan Student One Stop Centre (Student-OSC) di Kampus Pekan dan Kampus Paya Besar bagi memudahkan pelajar tempatan dan antarabangsa mendapatkan perkhidmatan universiti di satu lokasi.

Naib Canselor UMPSA, Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias berkata pusat sehenti itu menghimpunkan perkhidmatan tiga jabatan utama iaitu Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta Jabatan Bendahari.

“Student-OSC menghimpunkan pelbagai perkhidmatan utama universiti di satu lokasi bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta menyelesaikan urusan berkaitan akademik, kewangan dan kebajikan dengan lebih cekap.

“Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen UMPSA untuk memastikan kebajikan dan pengalaman pelajar sentiasa diberi perhatian melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih dekat dengan keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata kewujudan pusat sehenti itu dapat mengurangkan keperluan pelajar berulang-alik ke beberapa pejabat berasingan untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan akademik, hal ehwal pelajar, kebajikan dan kewangan.

Student-OSC Kampus Pekan mula beroperasi hari ini di Kompleks Aspirasi Siswa (KAS), manakala kaunter perkhidmatan di Kampus Paya Besar yang ditempatkan di Kompleks Perkhidmatan Akademik telah beroperasi sebelum ini.

Selain kaunter fizikal, Student-OSC menyediakan kemudahan Virtual Helpdesk bagi membolehkan pelajar mendapatkan konsultasi dengan pegawai atau staf jabatan berkaitan.

Pelajar turut boleh membuat temu janji sebelum hadir ke kaunter fizikal, selain mendapatkan maklumat dan hebahan berkaitan perkhidmatan pelajar melalui pusat berkenaan.

Prof. Ts. Dr. Yatimah berkata pendekatan itu merupakan sebahagian usaha UMPSA memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan menerusi kaedah yang lebih mudah, tersusun dan mesra pelanggan.

“Kita mahu memastikan pengalaman pelajar ketika berurusan turut diberi perhatian supaya setiap perkhidmatan yang disediakan benar-benar memberi manfaat,” katanya.

Beliau berkata Student-OSC akan terus diperkasakan sebagai pusat perkhidmatan yang responsif terhadap keperluan pelajar, dengan maklum balas mereka menjadi antara asas penambahbaikan perkhidmatan.

Dalam lawatan hari ini, Prof. Ts. Dr. Yatimah turut meninjau kemudahan Student-OSC Kampus Pekan serta Campus Pantry dan Push Trolley bagi Program Sumbangan Nasi Lemak yang menyediakan bantuan makanan kepada pelajar.

Beliau berkata aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar perlu diberi perhatian selain kecemerlangan akademik, khususnya dalam membantu pelajar yang memerlukan sokongan.

“Universiti bukan sahaja memberi perhatian kepada aspek akademik, malah kebajikan dan kesejahteraan pelajar juga perlu dipelihara,” katanya.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Kamal Yusoh dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed.

Student-OSC Kampus Pekan mula beroperasi bagi sesi akademik 2026/2027 selepas kerja naik taraf dan ubah suai di Kompleks Aspirasi Siswa selesai dilaksanakan.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM