Home / Penyelidikan / UMPSA, MARii bangunkan teknologi automotif generasi baharu

UMPSA, MARii bangunkan teknologi automotif generasi baharu

oleh Editorial KampusKini

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjalin kerjasama strategik dengan Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii) bagi membangunkan teknologi automotif dan mobiliti generasi baharu.

Kerjasama itu dimeterai menerusi pertukaran dokumen antara Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yatimah Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Ts Azrul Reza Aziz, sempena pelancaran University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis pertukaran dokumen itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Prof Ts Dr Yatimah berkata kerjasama berkenaan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan serta pemindahan teknologi, inovasi dan pembangunan bakat dalam sektor automotif dan mobiliti.

Menurut beliau, antara fokus utama ialah projek EARTH2NXGV 2030: Pembangunan Komponen Kritikal NXGV e-Motor, dengan UMPSA menerajui penyelidikan pembangunan magnet nadir bumi dan motor elektrik yang bersedia untuk pemindahan teknologi.

“Kerjasama ini turut membuka laluan kepada pembangunan ekosistem ‘Mine to Supermagnet’, iaitu pendekatan bersepadu daripada sumber mineral nadir bumi sehingga penghasilan magnet berprestasi tinggi dan seterusnya komponen motor elektrik untuk kenderaan generasi baharu,” katanya.

Beliau berkata UMPSA turut menerajui pembangunan teknologi berasaskan sumber mineral tempatan meliputi pemprosesan bahan nadir bumi, formulasi dan pembangunan magnet sebelum diterjemahkan kepada aplikasi motor elektrik berprestasi tinggi.

Inisiatif itu berpotensi membentuk rantaian nilai teknologi automotif yang lebih lengkap dalam negara merangkumi mineral, bahan nadir bumi, magnet, motor elektrik dan aplikasi kenderaan generasi baharu (NXGV).

Prof Ts Dr Yatimah berkata projek berkenaan akan melibatkan kepakaran Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) serta Pusat Kelestarian Mineral dan Teknologi Pemulihan Sumber (SMRRT) UMPSA, khususnya dalam kejuruteraan automotif, motor elektrik, bahan termaju, mineral nadir bumi serta pemulihan dan kitar semula sumber.

Kerjasama UMPSA-MARii turut merangkumi penyelidikan dan pembangunan secara kolaboratif, penerbitan bersama, perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti serta pengukuhan jaringan akademia-industri menerusi Consortium of Automotive Malaysian Universities (CAuto).

URIIS 2026 yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi turut merangkumi dialog universiti-industri, pameran teknologi dan produk, jaringan perniagaan, penilaian teknologi, pelesenan, pembiayaan serta sesi pengkomersialan.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:58


Zohor

13:01


Asar

16:22


Maghrib

18:59


Isyak

20:11

Sumber: e-Solat JAKIM