Home / Gaya hidup / Star Coffee UPM jadi platform latihan keusahawanan pelajar

Star Coffee UPM jadi platform latihan keusahawanan pelajar

oleh Editorial KampusKini

SERDANG– Pembukaan Star Coffee UPM di Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi platform latihan keusahawanan sebenar kepada pelajar menerusi pendedahan kepada pengurusan dan operasi perniagaan dalam persekitaran kampus.

Naib Canselor UPM Datuk Prof Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi Program Latihan dan Pengurusan Keusahawanan yang memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman mengendalikan perniagaan sebenar.

“Ini membawa nilai akademik dan pembangunan yang lebih luas kerana pelajar bukan sahaja memperoleh ilmu secara teori, malah berpeluang memahami pengurusan serta operasi perniagaan dalam situasi sebenar,” katanya.

Beliau berkata kewujudan Star Coffee UPM turut menyediakan ruang interaksi dan pembelajaran tidak formal yang kondusif untuk pelajar, staf serta pihak industri.

Pada masa sama, inisiatif berkenaan mengoptimumkan penggunaan ruang sedia ada universiti tanpa menjejaskan fungsi akademik dan operasi Fakulti Pertanian.

Kerjasama itu turut memperkukuh hubungan strategik antara Fakulti Pertanian UPM dengan pihak industri melalui penglibatan secara langsung dalam ekosistem kampus, sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengalaman dan amalan dunia perniagaan.

UPM dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan Star Coffee UPM direalisasikan menerusi kerjasama pelbagai pihak, termasuk CPF Malaysia yang mencetuskan visi awal dan mengemukakan cadangan perniagaan sebagai asas kepada pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Selain berfungsi sebagai ruang komersial, Star Coffee UPM diharap dapat menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan pelajar serta mewujudkan ruang pertemuan antara komuniti universiti dan industri.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM