Home / Sukan / PMS raih tujuh pingat, muncul naib juara Sukan TVET Pahang 2026

PMS raih tujuh pingat, muncul naib juara Sukan TVET Pahang 2026

oleh Editorial KampusKini

JERANTUT – Politeknik Muadzam Shah (PMS) muncul Naib Juara Keseluruhan Sukan TVET Negeri Pahang 2026 selepas meraih empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada Karnival Kecemerlangan Modal Insan TVET Pahang 2026 yang berlangsung di sini dari 13 hingga 15 November lepas.

Kejayaan itu dicapai menerusi penyertaan kontinjen PMS dalam enam daripada tujuh acara sukan yang dipertandingkan pada karnival berkenaan, yang menghimpunkan tujuh pasukan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seluruh Pahang.

Empat pingat emas diraih menerusi acara ping pong, memanah, bola tampar kategori staf dan bola tampar kategori pelajar, manakala dua pingat perak diperoleh dalam acara bola jaring dan dart.

Pingat gangsa pula dimenangi menerusi acara memanah kategori pelajar.

Pengarah PMS Haji Ismail Samsudin berkata kejayaan itu hasil semangat kesukanan, komitmen dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua pemain, termasuk dalam kalangan staf dan pelajar.

“Alhamdulillah, berkat kesemua itu, kami akhirnya berjaya muncul selaku Naib Juara Keseluruhan Sukan TVET Negeri Pahang 2026,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kontinjen PMS atas usaha dan komitmen yang diberikan sepanjang kejohanan, sekali gus mengharumkan nama institusi berkenaan.

“Saya begitu terharu dengan semangat berpasukan yang ditunjukkan hingga berjaya menghasilkan kejayaan penuh gemilang untuk PMS. Terima kasih semua dan terus gigih untuk kejohanan yang akan datang,” katanya.

Karnival Kecemerlangan Modal Insan TVET Pahang 2026 dianjurkan bagi menghimpunkan institusi TVET negeri menerusi pelbagai acara sukan, dengan ADTEC Jerantut bertindak sebagai tuan rumah.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:59


Zohor

13:01


Asar

16:23


Maghrib

18:59


Isyak

20:12

Sumber: e-Solat JAKIM