Home / Sukan / Dua atlet kebangsaan pilih UPM seimbangkan pendidikan dan sukan

Dua atlet kebangsaan pilih UPM seimbangkan pendidikan dan sukan

oleh Editorial KampusKini

SERDANG –  Kecemerlangan dalam bidang sukan tidak menghalang dua atlet kebangsaan meneruskan pendidikan tinggi apabila Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi pilihan mereka untuk mengimbangi pengajian akademik dan kerjaya sukan.

Atlet olahraga kebangsaan, Alia Batrisya Nasaruddin bakal melanjutkan pengajian dalam program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dengan Kepujian di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Alia yang mula menceburi olahraga sejak berusia 12 tahun dalam acara lompat jauh dan lompat kijang berkata antara pencapaian terbesarnya ialah mewakili Malaysia pada Sukan SEA tahun lalu.

“Saya melihat UPM sebagai universiti yang dapat memberikan keseimbangan antara akademik dan sukan dan saya juga tertarik dengan persekitaran UPM yang aktif dalam bidang sukan serta peluang untuk saya berkembang sebagai pelajar dan atlet,” katanya.

Sementara itu, atlet bola jaring kebangsaan Siti Nur Hidayatul Akhma Suhhaimi, 20, turut memilih program sama di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM bagi meneruskan pengajian.

Akhma berkata beliau mula bermain bola jaring sejak berusia 11 tahun dan pada awalnya kurang berminat dalam sukan berkenaan sebelum mendapat sokongan guru, ibu bapa serta jurulatih.

“Selepas mendapat sokongan daripada guru, ibu bapa dan jurulatih, saya mula minat untuk teruskan bermain bola jaring hingga sekarang,” katanya.

Antara pencapaian terbesar Akhma ialah membantu Malaysia meraih pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand, selain muncul naib juara Remaja Asia 2025 dan meraih emas pada SUKMA 2026.

Beliau berkata UPM memberi ruang untuk meneruskan pengajian sambil meningkatkan prestasi sebagai atlet.

Kedua-dua atlet berkenaan menyasarkan untuk terus meningkatkan prestasi sukan masing-masing selain memanfaatkan peluang mengikuti pengajian tinggi di UPM sebagai persediaan membina masa depan akademik dan kerjaya.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM