Home / Rencana / Murid lupa bawa alat tulis

Murid lupa bawa alat tulis

oleh Hanifah Nazira Mohamed Hanafiah 

Ramai di kalangan ibubapa telah mula menghantar anak mereka ke alam persekolahan seawal usia 4 tahun.
Selain pemakaian uniform dan beg sekolah, peralatan tulis sebenarnya merupakan elemen paling penting. Kita sedia maklum di dalam kotak pensel perlu dilengkapi beberapa batang pensel, pemadam, pembaris, pengasah pensel termasuk pensel warna.
Seorang kenalan saya yang berkhidmat sebagai guru di sebuah tadika swasta Islam yang terletak di Cheras meluahkan perasaan hampa dan terkilan apabila ada di antara anak muridnya sering kali tidak membawa peralatan tulis walaupun sesi persekolahan hampir sampai ke penghujung.
Untuk meningkatkan kefahaman, kebiasaannya selepas sesi pembelajaran di dalam kelas, beliau akan mengedarkan buku latihan untuk dibuat bersama dengan kesemua anak muridnya.
Terlebih dahulu, guru akan mengarahkan anak murid untuk mengeluarkan peralatan tulis. Namun alangkah terkejutnya apabila anak muridnya memberitahu bahawa dia tidak membawa peralatan tulis.
Ketika guru terbabit menyoal  kembali kepada murid itu, jawapan yang diberikan sangat mengecewakan.
” Mak ayah cakap kalau tidak bawa pensel boleh minta dengan cikgu”, jawab murid itu tanpa rasa bersalah.
Pada pendapat saya, adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan kelengkapan peralatan tulis kepada anaknya yang hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Sikap ibubapa yang tidak peka terhadap keperluan persekolahan anaknya merumitkan lagi keadaan.
Dibimbangi murid itu akan berterusan tidak mahu membawa peralatan tulis sehingga memasuki sekolah rendah atau menengah.
Bagaimana jika dia berhadapan hari peperiksaan besar. Sudah semestinya pengawas peperiksaan yang bertugas tidak akan membenarkan dia mengambil peperiksaan.
Adalah lebih baik sekiranya setiap malam ibubapa membuat pemeriksaan beg sekolah anak mereka. Kadang kala benda kecil seperti ini, kita sering terlepas pandang.
Mahukah ibubapa melihat anak mereka jauh ketinggalan dalam pelajaran ?.
Pada masa sama didiklah anak supaya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap harta benda miliknya. Usia kecil bukan penghalang tetapi ianya akan diamalkan sepanjang hayat.
Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM