Home / Mahasiswa / Mahasiswa USM wakili Malaysia di International Youth Festival 2026

Mahasiswa USM wakili Malaysia di International Youth Festival 2026

oleh Editorial KampusKini

PULAU PINANG – Mahasiswa tahun akhir Program Patologi Pertuturan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Lakshmy Baskaran, terpilih mewakili Malaysia sebagai salah seorang daripada 52 delegasi belia negara pada International Youth Festival (IYF) 2026 di Ekaterinburg, Rusia.

Festival yang berlangsung dari 11 hingga 17 September itu menghimpunkan kira-kira 10,000 peserta dari 190 negara bagi mengikuti pelbagai program berkaitan kepimpinan, pembangunan belia, pertukaran budaya serta perkongsian pengalaman di peringkat antarabangsa.

Lakshmy berkata penyertaan itu memberi pengalaman bermakna kepadanya sebagai mahasiswa, selain membuka peluang membina jaringan dan bertukar pandangan dengan belia serta pemimpin muda dari pelbagai negara.

“Penyertaan ini menjadi satu lagi detik bersejarah kerana seorang mahasiswa tahun akhir Kampus Kesihatan diberi kepercayaan membawa nama USM dan Malaysia dalam sebuah platform belia antarabangsa.

“Pengalaman ini bukan sekadar perjalanan ke luar negara, tetapi menjadi wadah untuk mengangkat nama Malaysia, memperkenalkan warisan negara, membina jaringan antarabangsa dan membawa identiti mahasiswa USM ke pentas dunia,” katanya.

Sepanjang festival, beliau menyertai pelbagai pengisian antarabangsa termasuk World Youth Parade yang memberi peluang memperkenalkan identiti, tradisi dan warisan budaya Malaysia kepada peserta dari seluruh dunia.

Beliau turut menyertai aktiviti scavenger hunt yang memberi pendedahan mengenai sejarah dan identiti negara, selain menjadi platform pertukaran budaya dan perkongsian keunikan Malaysia dengan golongan muda antarabangsa.

Lakshmy turut mengambil bahagian dalam sesi Diplomatic Talk dan TED-style Talk yang mengetengahkan perkongsian idea, perspektif global serta isu berkaitan belia dan pembangunan masyarakat.

Penyertaan itu turut memberi peluang kepada beliau membina jaringan antarabangsa serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi menerusi interaksi dengan peserta dari pelbagai latar belakang.

IYF 2026 menjadi platform antarabangsa bagi golongan belia berkongsi pengalaman, pandangan dan aspirasi, selain memperkukuh hubungan antara generasi muda dari pelbagai negara.

Penyertaan Lakshmy turut mencerminkan penglibatan mahasiswa institusi pengajian tinggi negara dalam platform antarabangsa serta peranan belia dalam memperkenalkan budaya dan warisan Malaysia kepada masyarakat dunia.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Sains Malaysia (USM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:58


Zohor

13:01


Asar

16:22


Maghrib

18:59


Isyak

20:11

Sumber: e-Solat JAKIM