Home / Kampus / Kem Kepimpinan Cilik UCB perkasa keyakinan, kemahiran kepimpinan 63 murid

Kem Kepimpinan Cilik UCB perkasa keyakinan, kemahiran kepimpinan 63 murid

oleh Sharifah Shahana

SETIU – Fakulti Sains Sosial (FSS), University College Bestari (UCB) menganjurkan Kem Kepimpinan Cilik 2026 bagi memperkukuh keyakinan diri dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid sekolah rendah.

Program sehari yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Guntong Dalam itu melibatkan 63 murid Tahun 3 hingga Tahun 6 yang memegang jawatan kepimpinan seperti Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Program dikendalikan enam fasilitator daripada Program Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian, UCB menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi, keberanian berucap, kerja berpasukan serta keupayaan memimpin kumpulan.

Kem berkenaan turut memberi ruang kepada fasilitator mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kaunseling dalam aspek komunikasi, kepimpinan dan pengendalian kelompok melalui aktiviti yang dirancang secara interaktif.

Penganjuran program itu diharap dapat membantu membentuk murid yang lebih yakin, bertanggungjawab dan berketerampilan selain menjadi persediaan awal melahirkan generasi pemimpin yang mampu berkomunikasi serta bekerjasama dengan berkesan.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM