KUALA LUMPUR – ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Best TVET Institution Award (Central Region) pada Malaysia Education & TVET Awards (META) 2026 di Berjaya Times Square Hotel, di sini hari ini.
ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata pengiktirafan itu mencerminkan pencapaian ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur dalam memperkukuh penyampaian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam menyediakan tenaga mahir yang kompeten serta memenuhi keperluan semasa industri.
Kejayaan berkenaan turut memperlihatkan komitmen berterusan ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur dalam memastikan latihan kemahiran yang ditawarkan kekal relevan, berkualiti dan selaras dengan perkembangan teknologi serta kehendak industri.
Pengiktirafan tersebut juga hasil dedikasi dan kerjasama seluruh warga ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur dalam memperkukuh kualiti latihan serta melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan.
Pencapaian itu sekali gus mengukuhkan peranan ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur sebagai antara institusi yang menyokong pembangunan bakat TVET negara melalui pendekatan latihan yang berorientasikan industri dan keperluan masa hadapan.
META 2026 yang mengangkat tema “From the Industry, By the Industry, For the Industry” merupakan platform pengiktirafan terhadap kecemerlangan, inovasi, kepimpinan dan kelestarian dalam ekosistem pendidikan serta TVET negara.
Photo credit: ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur


Leave a Reply