KUALA LUMPUR – Skuad bola jaring Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) membuktikan penguasaan mereka apabila berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Lebih membanggakan, kejayaan itu turut menyaksikan sembilan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menjadi sebahagian daripada skuad WPKL yang mempertahankan kejuaraan dalam acara berkenaan.
Skuad WPKL menewaskan Johor pada aksi final untuk membawa pulang pingat emas, manakala Kedah melengkapkan saingan dengan memenangi pingat gangsa.
Kejayaan itu sekali gus membuktikan konsistensi skuad WPKL dalam mempertahankan status sebagai antara kuasa utama bola jaring di peringkat kebangsaan.
Penglibatan sembilan mahasiswa UNITEN dalam skuad juara turut menyerlahkan potensi mahasiswa universiti berkenaan dalam mengimbangi kecemerlangan akademik dan pencapaian dalam bidang sukan.
Kejayaan tersebut turut dikaitkan dengan sumbangan jurulatih yang dikenali sebagai ‘Coach Ija’, yang juga merupakan warga kerja UNITEN, menerusi bimbingan serta dedikasi dalam membentuk skuad WPKL sehingga berjaya mempertahankan kejuaraan.
Pencapaian berkenaan diharap menjadi inspirasi kepada warga UNITEN untuk terus menggilap potensi dan mencipta kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik, malah dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Photo credit: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)


Leave a Reply