Home / Budaya / Art Talk UPSI perkasa pemahaman seni visual bakal guru

Art Talk UPSI perkasa pemahaman seni visual bakal guru

Oleh Dr Elis Syuhaila Mokhtar

TANJONG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh pemahaman seni visual dalam kalangan bakal guru menerusi program Art Talk yang menekankan kepentingan konteks, visual dan tafsiran dalam penghasilan karya seni.

Program anjuran Persatuan Seni Visual UPSI (PERSENI), Fakulti Seni Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) pada 16 Oktober lepas itu menampilkan Felo Perunding Kanan FSKIK Dr. Jalaini Abu Hassan sebagai penyampai perkongsian ilmu di Auditorium Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Program bertemakan “Konteks dan Visual dalam Penghasilan Karya” itu disertai lebih 100 peserta secara bersemuka dan lebih 200 penonton menerusi siaran langsung TikTok, dengan tumpuan kepada pembangunan profesionalisme pelajar Ijazah Sarjana Muda AT23.

Dekan FSKIK Prof Dr. Mohd Fauzi Sedon @ M. Dom berkata pendedahan seumpama itu membantu pelajar memahami bidang seni visual dengan lebih mendalam, sekali gus mengaplikasikan pengetahuan berkenaan dalam kerjaya mereka kelak.

“Para graduan wajar mendalami ilmu pengajian seni dengan mendalam selain mahir dalam menghasilkan karya secara profesional sungguhpun bakal bergelar pendidik yang akan memacu pendidikan seni ke suatu tahap yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Dalam sesi perkongsian itu, Jalaini menjelaskan bahawa penghasilan dan penafsiran karya seni memerlukan pemahaman terhadap konteks sejarah, latar belakang artis, pengaruh budaya dan sosial serta penerimaan khalayak.

Beliau turut menyentuh konsep semiotik yang mengkaji bagaimana tanda, isyarat dan petunjuk visual menyampaikan makna dalam sesebuah karya.

Menurutnya, pemahaman terhadap latar belakang dan tujuan penghasilan karya membolehkan seseorang melihat makna yang lebih mendalam, berbanding sekadar menghayati aspek estetik pada permukaan.

Jalaini, yang berpengalaman luas dalam bidang seni visual, pernah menerima Anugerah Seni dan Kreativiti bagi kelompok Seni Visual, Seni Bina atau Kraf sempena Anugerah Akademik Negara ke-13 pada 2019.

Mohd Fauzi berkata program seumpama itu turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) keempat, iaitu Pendidikan Berkualiti, dan SDG kelapan, iaitu Pekerjaan yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi, melalui pengukuhan ilmu serta kemahiran pelajar.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:38


Subuh

05:48


Syuruk

06:57


Zohor

13:00


Asar

16:21


Maghrib

18:58


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM