Home / Budaya / My Sabah Journey perkukuh penghargaan budaya, perpaduan pelajar

My Sabah Journey perkukuh penghargaan budaya, perpaduan pelajar

oleh Khalifa Affnan

KENINGAU – Ratusan murid dan pelajar daripada empat institusi pendidikan di Sabah didedahkan kepada kepelbagaian warisan budaya negeri itu menerusi program My Sabah Journey – Menyantuni Kepelbagaian Budaya 2026 anjuran Kolej Vokasional Keningau (KV Keningau).

Program yang menerima geran RM5,000 daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Dana Khas Silang Budaya Pelbagai Kaum itu dilaksanakan secara berfasa dengan melibatkan KV Keningau, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh, Keningau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau II dan SMK Trus Madi, Sook.

Penganjuran program itu menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang digabungkan dengan elemen permainan atau gamifikasi bagi membolehkan peserta mengenali budaya etnik Sabah secara lebih interaktif.

Antara pengisian disediakan ialah aktiviti Cultural Station dan permainan My Sabah Journey yang memperkenalkan makanan tradisional, alat muzik, tarian, pakaian, bahasa serta adat resam masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

Peserta turut berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan dan berinteraksi dengan rakan daripada latar belakang berbeza, sekali gus meningkatkan pemahaman terhadap keunikan warisan masyarakat setempat.

Selain pendedahan budaya, program itu turut menekankan penerapan nilai toleransi, komunikasi, kerjasama, keyakinan diri dan sikap saling menghormati dalam kalangan peserta.

Penglibatan warga KV Keningau dalam program berkenaan turut memperlihatkan peranan institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dalam membentuk pelajar yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal, malah mempunyai kesedaran budaya serta kepekaan sosial.

Program itu melibatkan lima pensyarah iaitu Dr Hajah Ernawaty Hudong, Ts Haini Kotin, Chef Anita Yasin, Cr Shamsiah Jafar dan Mohd Firdaus Sariman, selain lapan pelajar KV Keningau.

Inisiatif berkenaan diharap dapat diteruskan sebagai platform pendidikan silang budaya bagi meningkatkan penghargaan generasi muda terhadap warisan tempatan serta menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat Sabah yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:38


Subuh

05:48


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:20


Maghrib

18:58


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM