Home / Akademik / Mohammad Naim dinobat Tokoh Akademia TVET POLYCC 2026

Mohammad Naim dinobat Tokoh Akademia TVET POLYCC 2026

oleh Editorial KampusKini

PORT DICKSON – Datuk Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub dipilih sebagai Tokoh Akademia TVET Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kepimpinan beliau dalam pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia serta peringkat antarabangsa.

Pengiktirafan itu disampaikan pada majlis Anugerah Akademia Politeknik dan Kolej Komuniti (AA POLYCC) 2026 yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di sini, baru-baru ini.

Mohammad Naim mempunyai pengalaman luas dalam kepimpinan pendidikan dan TVET, termasuk pernah menerajui JPPKK sebagai Ketua Pengarah serta berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Colombo Plan Staff College (CPSC).

Kepakaran beliau merangkumi dasar dan penyelidikan TVET, pendidikan untuk pembangunan mampan, akreditasi antarabangsa serta kepimpinan dan pengurusan TVET.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Ahmad Rizal Adnan yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam ucapan menteri yang dibacakan pada majlis itu, beliau berkata peranan akademia POLYCC semakin strategik dalam memastikan pendidikan kekal relevan dengan keperluan industri dan masa depan, khususnya ketika sektor pendidikan berdepan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), automasi dan pendigitalan.

Beliau berkata pendekatan Professional and Technical Education (PTE) perlu terus diperkasakan bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja menguasai kemahiran teknikal, malah mampu berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, menyesuaikan diri dengan perubahan serta mengamalkan nilai integriti dan tanggungjawab.

AA POLYCC 2026 turut mengiktiraf sumbangan warga akademia menerusi pelbagai kategori, antaranya Anugerah Sukarelawan, Anugerah Sukan dan Kokurikulum, Anugerah Mentor Keusahawanan, Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran serta Anugerah Penyelidikan dan Inovasi.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Shamsuri Abdullah, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT Datuk Azhar Mohamad Yusof serta barisan pengurusan tertinggi JPPKK dan pengarah politeknik serta kolej komuniti.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Politeknik dan Kolej Komuniti

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM