Home / Mahasiswa / Mahasiswa USM menang Anugerah Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi ATSN 2026

Mahasiswa USM menang Anugerah Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi ATSN 2026

oleh Editorial KampusKini

PUTRAJAYA– Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Then Min Han, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi pada Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 yang berlangsung di Marriott Putrajaya, di sini, semalam.

Pelajar Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Bioproses itu menerima pengiktirafan berkenaan atas kepimpinan dan komitmen dalam agenda kelestarian, termasuk menggerakkan penanaman 6,490 pokok bakau serta memperoleh tajaan berjumlah RM100,000 bagi inisiatif berkaitan.

Beliau turut terlibat dalam tujuh program kelestarian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta memimpin 12 anggota Exco sebagai Penyelaras Utama Green Ambassadors USM.

Penglibatan Then Min Han di peringkat antarabangsa turut merangkumi pemilihannya sebagai Delegasi Malaysia ke ASEAN-Japan Youth Forum dan finalis Design for Plastic Circularity Challenge, selain aktif memperluas pendidikan ekonomi kitaran dalam kalangan mahasiswa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya berkata kejayaan itu membuktikan mahasiswa universiti berkenaan terus menyerlah dalam pelbagai bidang termasuk kepimpinan, kelestarian, inklusiviti, sukan dan keusahawanan.

“Ini mencerminkan usaha universiti dalam membentuk generasi mahasiswa yang berdaya saing, berjiwa kepimpinan serta mampu memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

ATSN 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu disempurnakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai wadah pengiktirafan kepada mahasiswa yang menyerlah dalam aspek kecemerlangan, kepimpinan dan sumbangan dalam pelbagai bidang.

Selain Then Min Han, tiga mahasiswa USM turut tersenarai sebagai finalis ATSN 2026 dalam kategori masing-masing, iaitu Muhammad Zulfahmi Sahardi bagi Tokoh Inklusif Siswa, Shanggamithara Parameswaran bagi Tokoh Sukan dan Rekreasi serta Mohamad Hasbi Che Mat bagi Tokoh Usahawan Siswa.

Kejayaan itu turut dihadiri Ketua Pentadbir Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM, Siti Aishah Abdul Raffar serta Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA, Prof. Dr. Azizah Omar.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Sains Malaysia (USM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:40


Subuh

05:50


Syuruk

07:01


Zohor

13:03


Asar

16:25


Maghrib

19:00


Isyak

20:14

Sumber: e-Solat JAKIM