Home / Akademik / FBK UPSI, BukhSU bina kerjasama anjur Program Bahasa Melayu (Pelancongan)

FBK UPSI, BukhSU bina kerjasama anjur Program Bahasa Melayu (Pelancongan)

Majlis tanda tangan Surat Hasrat oleh Prof. Dr. Raja Nor Safinas (duduk kiri) dan Prof. Dr. Obidjon Khamidov (Rektor BukhSU) yang disaksikan oleh PM Dr. Dahlia (berdiri kiri), PM Dr. Norliza ( berdiri dua dari kiri), PYT Rafedah ( tiga dari kiri) , Prof. Dr. Rustam Jumayev, Prof. Dr. Kamoliddin Samiyev ( kanan).

oleh Dr Ghazali Din

Tanjong Malim— Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini  mengadakan Program  Bahasa Melayu (Pelancongan) dengan kerjasama Bukhara State University (BukhSU), Bukhara.

Menariknya, Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan, Puan Yang Terutama Rafedah Abd. Aziz  mengadakan kunjungan rasmi bagi merasmikan program  hasil kerjasama kedua-dua universiti itu.
Pensyarah kanan FBK,  Prof. Madya Dr. Dahlia Janan yang mengendalikan program fasa 2 dari 1 Julai hingga 30 September itu menyambung inisiatif pelaksanaan yang dimulai fasa 1 dari 1 Mac hingga 31 Mei lalu olehb oleh Dr. Zuraini Ramli.
Dr Dahlia berkata program ini merupakan satu inisiatif yang dicetuskan oleh Kedutaan Republik Uzbekistan di Malaysia dan disambut baik oleh UPSI dalam usaha memperluas pengantarabangsaan Bahasa Melayu, khususnya dalam bidang pelancongan, serta memperkukuh hubungan pendidikan dan kebudayaan antara Malaysia dengan Uzbekistan.
Katanya, program ini akan dilanjutkan ke fasa-fasa seterusnya oleh para pensyarah daripada Program Bahasa Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI.
Dalam kunjungan tersebut, Puan Yang Terutama Rafedah Abd. Aziz diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa) UPSI, Prof. Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun; Timbalan Dekan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin.
Dr Raja Nor Safinas berkata sempena kunjungan itu, delegasi UPSI turut mengadakan pertemuan dengan Rektor BukhSU, Profesor Obidjon Khamidov, serta pihak pengurusan universiti, iaitu Profesor Rustam Jumayev, Profesor Kamoliddin Samiyev dan Profesor Nozimjon Ataboyev, bagi membincangkan peluang memperkukuh kerjasama akademik antara kedua-dua institusi.
“Perbincangan meliputi pengembangan program akademik, pertukaran pengalaman dan kepakaran, mobiliti pensyarah dan pelajar, serta pelaksanaan inisiatif pendidikan dan penyelidikan bersama,” katanya
Sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik, katanya, UPSI dan BukhSU turut menandatangani Surat Hasrat  bagi membuka ruang kepada pelaksanaan kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.
Profesor Obidjon Khamidov berkata kunjungan Duta Besar Malaysia  dan pelaksanaan  program  itu  mencerminkan komitmen UPSI untuk memperluas jaringan antarabangsa dan mengangkat Bahasa Melayu ke peringkat global melalui kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, pelancongan dan kebudayaan,” katanya.
Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM