Home / Sekolah / 12 guru KAFA SKMJ curah ilmu al-Quran kepada komuniti TRP

12 guru KAFA SKMJ curah ilmu al-Quran kepada komuniti TRP

Guru KAFA SKMJ bergambar kenangan di Surau Taman Redan Perdana selepas majlis Khatam AlQuran

oleh Mohd Rizal Azman Rifin

MUADZAM SHAH – Seramai 12 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya (SKMJ) meluangkan masa secara sukarela untuk mengajar al-Quran kepada kanak-kanak di Taman Redan Perdana (TRP), di sini.

Kelas pengajian al-Quran itu dianjurkan Biro Jiranita TRP dan berlangsung selama empat hari dari Isnin hingga Khamis di Surau TRP, sebagai usaha memperluas pendidikan al-Quran kepada komuniti setempat.

Ketua Jiranita TRP Dr Norhafzan Bariman berkata pihaknya amat menghargai kesudian guru KAFA SKMJ berkongsi ilmu dan tenaga dalam membimbing anak-anak di kawasan berkenaan.

“Kerjasama erat antara pihak TRP dan guru-guru KAFA SKMJ diharapkan dapat diteruskan kerana impaknya amat positif dalam menjayakan kelas pengajian al-Quran ini,” katanya.

Sementara itu, Imam Surau TRP Ustaz Shamsuddin Mohamad berkata penglibatan guru KAFA membuktikan komitmen golongan pendidik untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat selain tugas hakiki mereka di sekolah.

Beliau berkata pendidikan al-Quran perlu diperluas dalam komuniti supaya generasi muda mempunyai asas dan kefahaman yang baik dalam pengajian al-Quran.

Naib Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) TRP merangkap Pengerusi Surau TRP, Tuan Salim Mahmud berkata sumbangan guru KAFA itu memberi nilai tambah kepada usaha membudayakan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurutnya, penglibatan guru secara sukarela dalam kelas berkenaan bukan sahaja membantu meningkatkan penguasaan al-Quran dalam kalangan kanak-kanak, malah mengeratkan hubungan antara sekolah dan komuniti.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM