Home / Kampus / 69 pelajar SRITI Muadzam Shah terokai bidang reka bentuk menerusi VISCOM 27

69 pelajar SRITI Muadzam Shah terokai bidang reka bentuk menerusi VISCOM 27

oleh Mohd Rizal Azman Rifin

MUADZAM SHAH – Seramai 69 pelajar Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Muadzam Shah, Pahang mendapat pendedahan kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya reka bentuk dan komunikasi visual, menerusi program Visual Communication Show 27 (VISCOM 27) anjuran Politeknik Muadzam Shah (PMS).

Lawatan itu disertai 13 guru pengiring dan diketuai Ustaz Muhammad Sayuti Ibrahim, yang memberi peluang kepada pelajar mengenali suasana pembelajaran di Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) PMS.

Ustaz Muhammad Sayuti berkata pihaknya menghargai peluang yang diberikan kepada pelajar untuk melihat sendiri persekitaran pembelajaran di politeknik, khususnya dalam bidang reka bentuk dan komunikasi visual.

“Peluang ini memberi pengalaman baharu kepada pelajar untuk mengenali suasana pembelajaran di kampus serta memahami bidang TVET dengan lebih dekat. Saya berharap pendedahan ini dapat meningkatkan minat dan semangat mereka untuk terus belajar,” katanya.

Beliau berkata pelajar turut berpeluang mencuba kemahiran melukis serta menghasilkan grafik secara manual dan digital, sekali gus menjadikan lawatan itu lebih interaktif.

Sementara itu, pensyarah JRKV PMS, Zamzuri Arippin berkata program VISCOM 27 merupakan antara usaha jabatan itu memperkenalkan bidang reka bentuk dan komunikasi visual kepada masyarakat, termasuk pelajar sekolah.

Beliau berkata TVET mempunyai skop yang luas dan tidak terhad kepada bidang teknikal tertentu sahaja, malah merangkumi bidang kreatif seperti reka bentuk dan komunikasi visual.

“Pelajar sekolah perlu mengetahui bahawa pengajian di politeknik menawarkan pelbagai bidang kemahiran. Pendedahan awal seperti ini dapat membantu mereka mengenali pilihan pendidikan dan kerjaya yang bersesuaian dengan minat masing-masing,” katanya.

VISCOM 27 mempamerkan hasil projek tahun akhir pelajar JRKV PMS untuk tujuan penilaian, selain membuka ruang kepada pelajar sekolah dan pengunjung mengenali hasil kerja serta kemahiran yang diterapkan dalam bidang reka bentuk dan komunikasi visual.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM