Home / Gaya hidup / 40 pelajar PKS semarak perpaduan menerusi Mid-Autumn Rhapsody

40 pelajar PKS semarak perpaduan menerusi Mid-Autumn Rhapsody

oleh Dr. Ling Ying Leh

KUCHING – Seramai 40 pelajar bersama tiga pensyarah penasihat daripada Kelab Bahasa Chung Hua, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum menerusi Program Mid-Autumn Rhapsody: A Night of Lights (Maranol 1.0).

Program yang berlangsung pada 5 Oktober lalu itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang budaya dan kaum yang berarak sambil membawa tanglung bercahaya, sekali gus menjadi simbolik kepada penyatuan warga PKS.

Aktiviti berkenaan turut mencerminkan usaha warga PKS memupuk integrasi nasional serta memperkukuh keharmonian dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

Pensyarah penasihat Kelab Bahasa Chung Hua berkata beliau berbangga dengan inisiatif serta semangat perpaduan yang ditunjukkan para pelajar menerusi program berkenaan.

Beliau berkata program seperti Maranol 1.0 wajar diteruskan sebagai platform berterusan untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya serta menggalakkan interaksi dan persefahaman antara pelajar.

Program berkenaan turut memberi peluang kepada peserta meraikan kepelbagaian budaya dalam suasana harmoni, selain mengeratkan hubungan dan semangat kekitaan dalam kalangan warga PKS.

Maranol 1.0 berakhir dengan jayanya selepas memberi pengalaman kepada peserta untuk bersama-sama meraikan kepelbagaian budaya dan memperkukuh hubungan antara kaum di institusi berkenaan.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM