Home / Mahasiswa / UTP raih RM8,000 hadiah pada ISES 2026

UTP raih RM8,000 hadiah pada ISES 2026

KUALA LUMPUR– Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) meraih hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 menerusi kejayaan pasukan inovasi pelajarnya dalam 7th International Sustainable Energy Summit (ISES) 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), baru-baru ini.

Kejayaan itu dicapai selepas pasukan UTP bersaing dengan lebih 200 pasukan dari seluruh negara melalui tiga peringkat pertandingan yang menguji idea, inovasi dan keupayaan menghasilkan penyelesaian berkaitan tenaga mampan.

UTP menerusi satu kenyataan berkata kejayaan berkenaan membuktikan pendedahan kepada dunia sebenar serta ekosistem penyelidikan yang kukuh mampu memperkasa pelajar dalam menghasilkan inovasi yang berimpak.

Dalam kategori Ideation A, Team SolarVein meraih tempat kedua dan membawa pulang hadiah RM2,500, manakala Team Tenra menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM1,500.

Team Tenra turut dibimbing penasihat, Easter Joseph.

Sementara itu, Team BASALT meraih tempat ketiga bagi kategori Prototype B dengan hadiah RM3,000, selain memenangi Anugerah Video Terbaik dan Anugerah Pembentang Terbaik, masing-masing bernilai RM500.

Team BASALT dibimbing oleh Ir Dr Fudhail Abdul Munir.

Antara inovasi yang diketengahkan Team BASALT ialah Twin-Drive Archimedean Screw Turbine (TAST), yang dipamerkan sepanjang pertandingan berkenaan.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *