Home / Mahasiswa / UPM raih gangsa, Anugerah Reka Bentuk Roket Asli Terbaik di TEKNOFEST Türkiye

UPM raih gangsa, Anugerah Reka Bentuk Roket Asli Terbaik di TEKNOFEST Türkiye

oleh Editorial KampusKini

AKSARAY, TÜRKİYE – Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih pingat gangsa serta Anugerah Reka Bentuk Roket Asli Terbaik (Best Original Design) dalam kategori antarabangsa Pertandingan Roket TEKNOFEST Türkiye 2026 di Aksaray, Türkiye, baru-baru ini.

UPM menduduki tempat ketiga daripada 44 pasukan dari pelbagai negara menerusi dua pasukan, PUTRA-2 dan CYGNUS-1, yang digerakkan 25 anggota melalui Putra Space Club UPM (PSCUPM).

Penasihat Pasukan Roket UPM Dr Ezanee Gires berkata pencapaian itu mencerminkan keupayaan mahasiswa mengaplikasikan ilmu akademik dalam pembangunan sistem roket sebenar yang merangkumi aspek reka bentuk, fabrikasi, integrasi, pengujian dan keselamatan.

Beliau berkata penyertaan UPM pada tahun ini turut melibatkan skop teknikal yang lebih mencabar berbanding penyertaan terdahulu.

“Pencapaian ini menunjukkan keupayaan pelajar untuk menterjemahkan ilmu akademik kepada pembangunan sistem roket sebenar, termasuk dalam aspek reka bentuk, fabrikasi, integrasi, pengujian dan keselamatan,” katanya.

Pencapaian itu meneruskan kejayaan UPM pada TEKNOFEST 2025 apabila pasukan PUTRA-1 meraih Anugerah Perak dan Anugerah Pasukan Paling Berinspirasi.

Sementara itu, Pengasas PSCUPM merangkap Pengarah Program TEKNOFEST 2026, Khisho Nathan Pathma Nathan berkata pembangunan kelab berkenaan memberi penekanan kepada pemindahan pengetahuan secara tersusun serta pembinaan keupayaan mahasiswa untuk jangka panjang.

Beliau berkata kemajuan program roket UPM turut disokong peningkatan kerjasama industri apabila jumlah rakan sokongan meningkat daripada lima organisasi pada 2025 kepada 25 organisasi tahun ini.

Katanya, sokongan bagi 2026 melibatkan gabungan dana tunai serta sumbangan barangan dan perkhidmatan bernilai enam angka.

Sepanjang pertandingan, delegasi UPM turut berpeluang meninjau bengkel roket, makmal pendorongan serta kemudahan dan tapak ujian enjin hibrid dan cecair.

Delegasi turut berkongsi pengalaman teknikal serta bertukar pandangan mengenai pendekatan pembangunan sistem roket dengan pihak universiti berkenaan.

Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM