BANGI– Seramai 10 pelajar Program Asasi Universiti Islam Selangor (UIS) menerima tajaan berjumlah RM100,790 menerusi Program Biasiswa Pemimpin Masa Depan Al Rajhi Bank Malaysia & UIS.
Tajaan itu diserahkan susulan pemeteraian Memorandum of Agreement (MoA) antara UIS dan Al Rajhi Bank Malaysia bagi memperkukuh kerjasama dalam menyokong pembangunan pendidikan serta potensi kepimpinan generasi muda.
Naib Canselor UIS, Datuk Prof Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah berkata, melalui program berkenaan, setiap penerima menerima tajaan bernilai hampir RM9,900 yang merangkumi yuran pengajian, penginapan, elaun sara diri, simpanan dalam akaun Al Rajhi Bank serta kit pelajar.
“Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan pelajar, selain memberi sokongan kepada pembangunan akademik, kepimpinan dan potensi mereka sebagai pemimpin masa hadapan,” katanya.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Bank Malaysia Mohd Syahrul Ishak; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIS, Dr. Abdul Razif Zaini.
Photo credit dan sumber: Facebook rasmi Universiti Islam Selangor (UIS)


Leave a Reply