Home / Sekolah / PASTI Kawasan Bangi pertahan kejuaraan Alam Ria Selangor dua tahun berturut-turut

PASTI Kawasan Bangi pertahan kejuaraan Alam Ria Selangor dua tahun berturut-turut

oleh Hanifah Nazira Mohamed Hanafiah 

BANGI – Kontinjen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bangi mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut selepas muncul johan keseluruhan Pertandingan Alam Ria Negeri Selangor 2026 yang berlangsung di Sekolah Rendah Agama Puncak Alam baru-baru ini.

Ketua kontinjen Muhammad Hanif Ahmad Sabri berkata kejayaan itu diraih menerusi penyertaan 34 peserta dalam lapan acara iaitu azan, bercerita, deklamasi sajak, khutbah, nasyid, kalam jamaie, pidato dan hafazan surah.

“Seramai 34 peserta yang menjuarai acara masing-masing di peringkat kawasan kemudiannya mewakili Kawasan Bangi pada pertandingan peringkat negeri dan bersaing dengan 22 pasukan lain,” katanya.

Beliau berkata kontinjen Bangi meraih johan dalam acara khutbah, nasyid dan kalam jamaie, selain naib johan bagi deklamasi sajak perempuan, azan dan bercerita perempuan.

Katanya, kontinjen berkenaan turut meraih tempat ketiga bagi acara pidato dan bercerita lelaki.

“Pencapaian ini hasil semangat juang serta kerjasama erat antara guru pembimbing, ibu bapa dan pihak pengurusan dalam memastikan persiapan peserta berada pada tahap terbaik,” katanya.

Muhammad Hanif berkata peserta yang muncul johan dalam acara masing-masing akan mewakili sebahagian daripada kontinjen negeri Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung di Kuala Terengganu minggu hadapan.

Beliau berharap kejayaan mempertahankan kejuaraan itu menjadi pembakar semangat kepada peserta untuk terus meningkatkan prestasi pada pertandingan kebangsaan.

“Diharapkan mereka dapat meneruskan momentum dan menganggap kejayaan ini sebagai satu kenangan manis serta pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan,” katanya.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:58


Zohor

13:01


Asar

16:22


Maghrib

18:59


Isyak

20:11

Sumber: e-Solat JAKIM