Home / Mahasiswa / Lovely Sabana gembira jejak kaki di kampus UPSI, terima kasih semua yang membantu

Lovely Sabana gembira jejak kaki di kampus UPSI, terima kasih semua yang membantu

Prof Dr Norkhalid (kiri) menyantuni Lovely Sabana dan keluarganya di hadapan Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah selepas membuat pendaftaran semalam

oleh Dr Ghazali Din

TANJUNG MALIM- Lovely Sabana Augustine, 20, pelajar baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendapat perhatian pelbagai pihak di media sosial dan media massa  berikutan dilema kewangan  baru-baru ini  terharu berjaya menjejakkan kaki di universiti pendidikan  tersohor itu Sabtu lalu.
Lovely yang mencatat keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 di Sekolah Menengah Kebangsaan  Cabang Empat, Tumpat ditemani ibunya, Mek Kenui a/p Eh Puang, 56, seorang pekerja pembersihan bersama ahli keluarga yang lain.
Dua abangnya yang bekerja di premis makanan di Johor turut hadir menghantar Lovely, manakala  abangnya yang bekerja kampung tidak dapat ikut kerana kereta penuh.
Dia yang  mendaftar di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah sekitar pukul 8. 30 pagi melahirkan rasa gembira apabila akhirnya  dapat mendaftar sebagai pelajar UPSI walaupun pada mulanya berdepan masalah kewangan.
“Saya berasa gembira dan berharap dapat belajar bersungguh-sungguh dan mengejar cita cita sebagai seorang pendidik pada suatu hari nanti demi mengubah hidup keluarga,” kata anak keempat dari empat beradik itu.
Lovely berkata dia mendapat  panggilan dua temuduga untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral, namun rezekinya  berjaya ditawarkan pengajian Pendidikan Moral.
“Namun saya terima dengan hati terbuka dan berazam menunaikan harapan keluarga, lagi pun saya adalah anak  pertama dalam keluarga yang berjaya  melangkah ke universiti,” katanya.
Mendiang bapanya, Augustine Sandalun seorang anggota tentera di  Kem Lok Kawi, Sabah, berketurunan Kadazan berasal dari Papar, Sabah meninggal dunia pada 10 November 2017 kerana serangan angin ahmar ketika usia Lovely 11 tahun.
” Saya terharu dan  berterima kasih kepada semua pihak atas sumbangan yang diberikan kepada saya. Semoga kebaikan anda dibalas dengan keberkatan.
” Saya mungkin tidak mampu untuk membalas jasa kalian semua. Saya hanya manusia biasa sekiranya suatu hari jatuh atau tidak dapat mencapai semuanya doakanlah saya kerana ada hari di atas ada hari di bawah,” katanya.
Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin yang turut menyantuni Lovely dan keluarganya berharap pelajar baharu itu bergiat aktif dan memperlihatkan bakat  sepanjang pengajian selain mengejar kecemerlangan akademik.
” UPSI hari ini bukan lagi seperti puluhan tahun dahulu, malah ramai pelajar melakar sejarah mencipta kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata UPSI memiliki pelbagai kemudahan dan suasana pembelajaran yang  kondusif serta  selesa yang boleh dimanfaatkan oleh Lovely.

 

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

18:59


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM