Home / Mahasiswa / Graduan Kolej PERMATA@Pintar Negara diseru perkukuh ilmu, integriti

Graduan Kolej PERMATA@Pintar Negara diseru perkukuh ilmu, integriti

BANGI, 28 Ogos Para graduan Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diseru supaya terus memperkukuh ilmu, integriti, kebijaksanaan dan keupayaan memimpin sebagai persediaan mendepani perubahan teknologi serta cabaran masa hadapan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof. Datuk Dr. Fariza Md Sham berkata, ilmu yang diperoleh sepanjang tempoh pengajian perlu dimanfaatkan bukan sahaja untuk mencapai kejayaan peribadi, malah memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Graduasi Ke-15 Kolej PERMATA@Pintar Negara yang berlangsung di Auditorium, Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM, baru-baru ini.

Dalam amanatnya, Prof. Fariza turut menitipkan tiga pesanan utama kepada para graduan iaitu menjadikan ilmu sebagai teman sepanjang hayat, mempertahankan integriti dalam apa jua keadaan serta sentiasa merendah diri walaupun mencapai kejayaan yang tinggi.

Menurut beliau, ketiga-tiga nilai berkenaan penting dalam membentuk generasi berilmu dan berintegriti yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut mempunyai keupayaan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Hadir sama Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM, Dr. Mohd Nasir Selamat; Timbalan Pengarah Penjanaan dan Pengkomersialan, Mohd Hakimie Zainal Abidin serta Yang Dipertua PIBG Kolej PERMATA@Pintar Negara, Mejar General (Bersara) Datuk Mohd Shaifuddin Mohd Shariff.

Photo credit: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *