Home / Mahasiswa / Enam pelajar PMS tamat latihan industri rel ECRL di China

Enam pelajar PMS tamat latihan industri rel ECRL di China

6 Graduan terdiri daripada pelajar PMS yang menamatkan ECRL Industrial Skills Training Programme (PLKI-ECRL)

oleh Mohd Rizal Azman Rifin

MUADZAM SHAH, – Enam pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah (PMS) berjaya menamatkan Program Latihan Kemahiran Industri-East Coast Rail Link (PLKI-ECRL) dalam bidang operasi dan penyelenggaraan industri rel di China.

Program latihan berkenaan berlangsung di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC) dan melibatkan latihan pada peringkat diploma serta sijil dalam bidang berkaitan industri rel.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS, Dr Nurul Afizah Adnan berkata kejayaan enam pelajar itu membuktikan kemampuan pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri rel.

“Peluang menceburi bidang kejuruteraan, khususnya mekanikal, mempunyai prospek dan potensi tinggi dalam kerjaya industri rel.

“Kita berharap pada masa akan datang lebih ramai pelajar politeknik di Malaysia diberi peluang mengikuti latihan industri rel di China,” katanya.

Tiga pelajar iaitu Muhammad Amirul Hakim Mohd Nazri, Amir Hazman Nur Azam dan Muhammad Farhan Mat Noh menamatkan kursus Diploma ECRL Operation and Maintenance (Locomotive Maintenance Technology).

Sementara itu, Muhammad Firdaus Dulkafi dan Aiman Muhaimin Che Mohd Rizal mengikuti bidang Railway Signalling Automatic Control, manakala Muaz Nurfaiz Saari memperoleh Certificate in Railway Power Supply Technology.

Pengarah PMS, Haji Ismail Haji Samsudin turut mengucapkan tahniah kepada keenam-enam pelajar berkenaan dan menyifatkan peluang latihan di peringkat antarabangsa itu sebagai bukti kemampuan pelajar politeknik menyerlahkan potensi serta memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata peluang sedemikian turut membuka ruang kepada pelajar TVET untuk memperoleh pendedahan secara langsung terhadap teknologi dan amalan industri rel di peringkat global.

Latihan PLKI-ECRL itu sekali gus memberi pendedahan kepada pelajar PMS terhadap aspek operasi, penyelenggaraan, teknologi lokomotif, sistem isyarat serta bekalan kuasa dalam industri perkhidmatan rel.

Editor Kampuskini.my avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

🕌
Waktu Solat
Malaysia

Wilayah Persekutuan — Kuala Lumpur & Putrajaya


Imsak

05:39


Subuh

05:49


Syuruk

06:56


Zohor

13:00


Asar

16:19


Maghrib

19:00


Isyak

20:10

Sumber: e-Solat JAKIM